ZIKIR HATIKU DAN KAMU

Wednesday, 18 May 2011

INSAF: JASADKU seringkali membuat maksiat kepada ALLAH.



1)Menjaga Mata; Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain.




2)Menjaga Telinga;
 Menjaga telinga daripada mendengar perkara bida'ah, perkataan-perkataan yang jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban / kejahatan orang lain.



Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa)dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat."


3)Menjaga lidah; 
Lidah adalah anggota yang paling berkesan keatas diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban kedalam api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka.




Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan kedalam api neraka selama tujuh puluh tahun." - Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A.


Jagalah lidah mu dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkir janji, mengumpat, bertengkar / berdebat / membantah perkataan orang lain, memuji diri sendiri, melaknat makhluk Allah, mendoakan celaka bagi orang lain dan bergurau / memperolok atau mengejek orang lain.


4)Menjaga perut; 
Memelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal.





5)Menjaga Kemaluan; 
Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharamkan oleh Allah S.W.T.



Firman Allah S.W.T. :"Dan mereka yang selalu menjaga kemaluan mereka, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka miliki (daripada hamba jariah) maka mereka tidak tercela." Surah Al Mukminun : Ayat 5-6.


6)Menjaga Dua Tangan;
 Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain.


7)Menjaga Dua Kaki; Memelihara kedua kaki dari berjalan ketempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana dianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita berpaling daripada orang yang zalim.




source:http://www.murabbi.net/articles.php?article_id=525
p/s:Sedar atau tidak sedar, terlalu banyak ruang utk kita membuat maksiat kepada Allah. tetapi, ada 1 kunci untuk memastikan kita sentiasa bebas daripada maksiat ini..iaitu HATI yang sentiasa ingat pada Allah.


Bagaimana dgn hati kita? Sentiasa ingat atau lupa pada Allah? sekiranya susah juga untuk ingat pada Allah..cuba bayangkan andai kematian datang menjemput kita..kita tidak tahu bila kematian itu akan tiba..apa yang kita sedang lakukan saat itu? bekerja,belajar,solat,shopping,tidak menutup aurat @ dating.


moga husnul khatimah @ kematian dalam kesejahteraan menjadi milik kita semua.



No comments: