KEMBARA: AKU SAYANG SAHABATKU..

Siapakah SAHABAT?
Kadang-kadang ada orang panggil kawan..
ada juga yang panggil teman..
ado jugo yang panggil saing..




Insan bernama sahabat ini..
Satu nama yang pernah menggoncangkan hatiku..
Pernah aku merintih, "Ya Allah, bagaimana hidupku tanpa sahabat disisi..."
Cukup bagi kita yang memahami erti sahabat.
Dalam erti kata menjawab persoalan "siapa sahabat bagi kita"


Ayuh kenali sahabat..


*UKHUWAH PALING RENDAH:
Husnudzon (berbaik sangka) atau bersih hati (salamatul qalb) dan tidak melukai hati saudaranya.

Firman Allah Ta’ala, ”….dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” (Al-Hasyr:10)

Untuk tingkatan ukhuwah yang pertama, sekiranya anda dan sahabat anda dilanda kesusahan. Anda punyai wang sebanyak RM10, sahabat anda tiada langsung. Anda sanggup kongsikan RM4 daripada jumlah wang yang anda miliki. Ertinya, anda melebihkan keperluan diri anda.


*UKHUWAH PERTENGAHAN:
Merasakan apa yang dirasakan saudaranya, mencintai kebaikan untuk saudaranya sebagaimana mencintai kebaikan untuk dirinya sendiri. 


Rasulullah saw. Bersabda, “Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga mencintai untuk saudaranya sebagaimana mencintai untuk dirinya sendiri.” (HR. Bukhari dan Muslim)


Untuk peringkat kedua, anda punyai RM10..anda berikan pada sahabat anda RM5 dan untuk diri anda juga RM5.Keutamaan diri sahabat anda menyamai diri anda sendiri..pernah mengalaminya?? =)


*UKHUWAH TERTINGGI
 Itsaar, atau mengutamakan saudaranya atas diri sendiri dalam masalah keduniaan.


“….mereka (Anshar) ‘mencintai’ orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Anshar) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan….” (Al-Hasyr:9)
Untuk peringkat tertinggi, jika anda semua masih ingat Sirah Hijrah Muhajirin dan Ansar..bagaimana tulusnya hati sahabat-sahabat yang telah dipersaudarakan oleh Rasulullah..bilamana sahabat Muhajirin datang berhijrah sebatang kara, sahabat Ansar yang memahami hingga sanggup menawarkan isteri dan harta..hebatkan?? 


Saya percaya, anda semua juga miliki sahabat.Saat perkataan sahabat anda baca atau dengar, siapakah yang terbayang pada fikiran anda?


Anda mahukan sahabat yang baik??Jadilah seorang sahabat yang baik..kelak anda akan temui sahabat yang baik.


Saya rindukan sahabat saya..Norasmida binti Mohd Azmi dan Fairuz Fazeera Nordin =(

Comments

AisYah HaWA said…
Terima kasih buat sahabat yang merindui diri ini.. Tidak terluah dengan kata-kata rasa syukur di atas ukhwah kita ini.. Sesungguhnya akak jugak sangat merindui adik akak yang seorang ini... Rindu hanya kerana Allah...

Popular posts from this blog

KISAH TELADAN: PELACUR melahirkan 7 orang NABI.

.:SABAR ADA 3 JENIS:.

Allah menyembunyikan 4 perkara dalam 4 perkara