ZIKIR HATIKU DAN KAMU

Wednesday, 18 May 2011

KEMBARA SIRAH: Kamu kenal NUAIMAN AL-ANSARY? RASULULLAH tersenyum kerananya..jom KENALINYA.


Pada zaman Nabi Muhammad SAW ada seorang pelawak bernama Nuaiman Al- Ansary. Nabi sangat sayang kepadanya kerana telatahnya yang lucu serta menghiburkan. Selain dari berbakat sebagai pelawak, Nuaiman juga seorang pahlawan yang pernah ikut serta dalam Peperangan Badar.

Pada suatu hari datang seorang lelaki menunggang seekor unta hendak berjumpa dengan Rasullullah SAW. Unta itu ditambatkannya di luar masjid. Sedang lelaki itu asyik berbual dengan Rasullullah SAW maka pelawak Nuaiman pun datang. Dan seperti biasa Nuaiman sentiasa menjadi perhatian orang ramai kerana telatahnya yang melucukan. Nuaiman tertarik melihat unta itu lalu orang ramai yang berada di luar masjid mengapi-apikannya.

“ Wahai Nuaiman, engkau adalah pelawak kesayangan Rasullullah saw. Cuba engkau sembelih unta itu dan nabi pasti akan membayar ganti ruginya,” kata orang ramai. Maka dengan segala kelucuannya Nuaiman menyahut cabaran itu lalu menyembelih unta tersebut. Dagingnya dibahagikannya kepada orang ramai yang berada di sekitar masjid. Tiba-tiba lelaki tuan punya unta keluar dari masjid lalu menjerit marah kerana unta kesayangannya sudah disembelih. Nuaiman berasa takut lalu lari menyembunyikan diri dalam sebuah kebun.


Nabi SAW menyuruh orang ramai mencari Nuaiman dan dibawa ke hadapan baginda. “ Kenapa kamu sembelih unta itu?” tanya Nabi Muhammad SAW. Dengan gaya yang melucukan Nuaiman pun menjawab,” Wahai Rasullullah SAW. Orang ramai yang menyuruh saya menyembelih unta itu. Mereka kata Nabi akan membayar ganti ruginya.” Nabi Muhammad tersenyum melihat telatah Nuaiman. Baginda tidak marah sebaliknya membayar ganti rugi kepada tuan punya unta itu. 

Pada suatu hari yang lain, sedang Nuaiman berjalan di sebuah pasar, dia tertarik bila melihat sejenis makanan lalu Nuaiman berfikir alangkah baiknya kalau makanan itu diberikan kepada Rasullullah SAW. Tetapi ketika itu dia tidak mempunyai duit untuk membelinya.

 “ Boleh saya bawakan makanan ini kepada rasullullah saw dan saya akan bayar kemudian,” kata Nuaiman dan penjual makanan itu setuju. Nuaiman menghadiahkan makanan itu kepada Rasullullah SAW. Sedang baginda menikmati makanan itu tiba-tiba penjual makanan datang menuntut bayarannya. “ Wahai Nuaiman, bukankah kamu yang hadiahkan makanan ini?” tanya Rasullullah SAW.

“ Semasa berada di pasar tadi saya nampak lelaki ini menjual makanan yang sedap lalu saya bercadang hendak menghadiahkannya kepadamu. Tetapi duit saya tidak ada untuk membelinya. Lalu saya berjanji akan membayarnya kemudian,” jawab Nuaiman masih dengan gayanya yang melucukan. Sekali lagi Nabi Muhammad SAW tersenyum lalu membayar harga makanan tersebut kepada lelaki itu.
p/s: hebatkan Rasulullah..kasih sayang Baginda tak mengenal sesiapa. cuba letakkan diri kita di tempat Rasulullah..agaknya awal-awal lagi dah hangin satu badan kalau "dikenakan" macam ni.tapi,Bagindalah Rasulullah.sentiasa mendahulukan kebahagiaan umat Baginda.
Selawat dan salam kerinduan buat Baginda. ^___^

1 comment:

Anonymous said...

salam 'alaik

nuaiman al-ansary jg adlh slh seorg shbt yg dicintai Allah dan disayangi Rasul s.a.w

hal ini disbbkn beliau mncintai RasulNya. barangsiapa yg mncintai Rasul Allah, maka dia akn dizintai Allah..