ZIKIR HATIKU DAN KAMU

Saturday, 3 September 2011

::Erti SYUKUR::

Subhanallah..

Cantik…sungguh cantik.


Mata ini seolah terpaku pada indahnya ciptaan Allah.
Hatiku berbisik halus,”ya Allah, Kau kekalkanlah kecantikan ini saat dia menghadapMu di hari pembalasan nanti..”


Kereta mewah yang baru sahaja berhenti di kedai keropok lekor 008 ini membawa penumpang yang manis bergaya,sopan.  Bapa, ibu dan seorang anak gadis. Entah mengapa, saya begitu tertarik melihat anak gadis ini. Terbit rasa syukur dalam diri, walaupun dia dibesarkan di dalam keadaan serba mewah, ciri-ciri ketimuran masih ada pada dirinya.


Saya melihat dirinya, saya melihat pelanggan lain..saya melihat juga diri saya. Setiap di antara kita punyai takdir yang tersendiri. Boleh jadi sama, tetapi yang banyaknya berbeza. Kadang-kadang apabila kita melihat orang yang mempunyai kelebihan, lebih dari kita..kita akan merasakan, “alangkah beruntungnya dia..” namun, apabila kita melihat orang yang lebih susah dari kita..kita akan merasakan,”nasib baik saya..”

Ayat yang biasa dilafazkan,"...cantiknya dia", "..besarnya kereta dia", "bestnya dapat duduk rumah besar mcm tu.."..kita seringkali suka utk menghitung kelebihan orang lain. Sedang nikmat yang Allah kurniakan kita lupa untuk menghitungnya hingga adakala kita terlupa kita mendapat nikmat tersebut. 

Episode hidup yang berbeza..namun membawa kepada pengakhiran yang sama. Nah, di sini saya ingin mengajak anda semua untuk sentiasa bersyukur..walau berada di dalam apa jua keadaan sekalipun ..apa itu S.Y.U.K.U.R? tertarik saya pada kata-kata ini.. “mana mungkin hamba yang lemah lagi dhaif ini mampu menterjemahkan erti syukur, sedang kalimah syukur ini pun dipinjamkan daripada kebijaksanaanNya”.

p/s: ayuh mula menghitung segala kurniaan Allah pada kita =)

2 comments:

Muhammad Izzuddin said...

perkongsian menarik. maklumlah, naqibah berpengalaman.

semoga allah terus merahmati ustazah dengan hasil tulisan ilmiah sebegini, amen.

*salam 'aidilfitri. maaf zahir batin.

Sumayyah Islami said...

kongsi pengalaman skit2 time cuti.
moga mendapat manfaat.
salam aidilfitri, maaf zhir batin.