Mengejar Cinta PEMILIK ARASY?



Bismillahirahmanirrahim..
apa khabar IMAN ku dan IMAN mu?
moga kita sentiasa ditetapkan IMAN.
saya cukup tertarik dengan artikel ini.
MENGEJAR CINTA PEMILIK ARASY.
Membaca tajuknya sahaja, hati saya terasa bagai dihempap.
Allah.
Pendustakah saya?
Saya sering melafazkan, saya cinta Allah.
tapi, hakikatnya banyak hakNya saya abaikan.
di sini saya ringkaskan artikel ini.
moga saya dan kamu beroleh manfaat.

"Hamba-Ku adalah dia yang banyak mengerjakan amalan sunat, yang mana dia mengerjakannya sehingga Aku menyintainya. Dan apabila Aku menyintainya, Akulah matanya semasa dia melihat, Akulah telinganya semasa dia mendengar, Akulah tangannya ketika dia memukul. Apabila dia meminta nescaya Aku akan memperkenankannya, apabila dia memohon perlindungannya nescaya Aku akan melindunginya."


1) Mengerjakan solat sunat selepas dan sebelum solat lima waktu
2) Solat sunat Dhuha
3) Berpuasa Isnin dan Khamis setiap minggu, dan jika tidak mampu, tiga hari setiap bulan
4) Solat Witir
5) Solat Tahajjud
6) Wirid setelah solat lima waktu
7) Doa-doa harian


Semoga kita semua sentiasa INGAT,INGAT dan INGAT kepada ALLAH.
Wahai PEMILIK ARASY, cintaMU xkan jemu ku kejar..
meskipun sukar, akanku genggam ia..hingga aku bertemu dgnMu.


source: http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/3840-mengejar-cinta-pemilik-arasy.html

Comments

Popular posts from this blog

KISAH TELADAN: PELACUR melahirkan 7 orang NABI.

.:SABAR ADA 3 JENIS:.

Allah menyembunyikan 4 perkara dalam 4 perkara