ZIKIR HATIKU DAN KAMU

Friday, 27 May 2011

KEMBARA: SYAITAN kejutkan DIA untuk solat SUBUH.


Diriwayatkan bahawa pada suatu pagi Syeikh Abdul Kadir Jailani hampir-hampir terluput waktu untuk solat subuh. Tiba-tiba seekor kucing datang ke sisi beliau yang sedang nyenyak tidur itu lalu menggesel-geselkan badannya sehingga Syeikh Abdul Kadir Jailani pun terjaga dari tidurnya. Menyedari beliau telah kesuntukan masa, bersegeralah beliau mengerjakan solat subuh pagi itu.


Apabila selesai sahaja beliau bersolat, beliau pun memandang kepada kucing yang menggerakkannya daripada tidur tadi itu. Dengan kekuatan mata batinnya, beliau dapat mengenali bahawa kucing itu sebenarnya syaitan. Hal ini menjadi tanda tanya kepadanya kerana sebagai syaitan mengapa sanggup menggerakkannya untuk mengerjakan solat?

Beliau pun bertanya: "Aku kenal kamu adalah syaitan, tetapi mengapa kamu membangunkan aku supaya bersolat subuh?"

 Kucing itu menjawab: "Kamu adalah seorang yang terkenal taat dan bijak seperti mana yang rakan-rakan syaitanku memberitahuku. Oleh kerana engkau telah mengenali diriku, baiklah aku akan jelaskan kepadamu.”


Lalu kucing tersebut menyambung: “Aku tahu jika kamu tertinggal solat fardhu ke atasmu, kamu akan melakukan seratus raka’at solat lagi sebagai penebusan, jadi aku bangunkan kamu supaya kamu hanya dapat pahala daripada mengerjakan solat yang dua raka'at sahaja."

P/S: Beginilah kehebatan kekasih-kekasih Allah..betapa mulianya beliau disisi Allah, sehinggakan syaitan tak sanggup melihat beliau meratap memohon keampunan kepada Allah.Jika syaitan x kejutkan beliau daripada tidur, syaitan khuatir beliau akan melipatgandakan ibadah beliau..subhanallah.

Kisah ini boleh dijadikan satu muhasabah buat kita smua..apabila kita melakukan maksiat Allah, apakah pintu TAUBAT muncul di hati dan fikiran kita?

Bukankah Rasulullah pernah bersabda," Setiap anak ADAM melakukan kesalahan (berdosa), sebaik-baik mereka yang bersalah adalah mereka yang bertaubat" Hadis riwayat At-Tarmizi.

Ayuh kembali kepada Allah duhai pemuda-pemudi ISLAM.

Wednesday, 18 May 2011

INSAF: JASADKU seringkali membuat maksiat kepada ALLAH.



1)Menjaga Mata; Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain.




2)Menjaga Telinga;
 Menjaga telinga daripada mendengar perkara bida'ah, perkataan-perkataan yang jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban / kejahatan orang lain.



Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa)dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat."


3)Menjaga lidah; 
Lidah adalah anggota yang paling berkesan keatas diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban kedalam api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka.




Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan kedalam api neraka selama tujuh puluh tahun." - Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A.


Jagalah lidah mu dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkir janji, mengumpat, bertengkar / berdebat / membantah perkataan orang lain, memuji diri sendiri, melaknat makhluk Allah, mendoakan celaka bagi orang lain dan bergurau / memperolok atau mengejek orang lain.


4)Menjaga perut; 
Memelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal.





5)Menjaga Kemaluan; 
Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharamkan oleh Allah S.W.T.



Firman Allah S.W.T. :"Dan mereka yang selalu menjaga kemaluan mereka, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka miliki (daripada hamba jariah) maka mereka tidak tercela." Surah Al Mukminun : Ayat 5-6.


6)Menjaga Dua Tangan;
 Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain.


7)Menjaga Dua Kaki; Memelihara kedua kaki dari berjalan ketempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana dianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita berpaling daripada orang yang zalim.




source:http://www.murabbi.net/articles.php?article_id=525
p/s:Sedar atau tidak sedar, terlalu banyak ruang utk kita membuat maksiat kepada Allah. tetapi, ada 1 kunci untuk memastikan kita sentiasa bebas daripada maksiat ini..iaitu HATI yang sentiasa ingat pada Allah.


Bagaimana dgn hati kita? Sentiasa ingat atau lupa pada Allah? sekiranya susah juga untuk ingat pada Allah..cuba bayangkan andai kematian datang menjemput kita..kita tidak tahu bila kematian itu akan tiba..apa yang kita sedang lakukan saat itu? bekerja,belajar,solat,shopping,tidak menutup aurat @ dating.


moga husnul khatimah @ kematian dalam kesejahteraan menjadi milik kita semua.



KEMBARA SIRAH: Kamu kenal NUAIMAN AL-ANSARY? RASULULLAH tersenyum kerananya..jom KENALINYA.


Pada zaman Nabi Muhammad SAW ada seorang pelawak bernama Nuaiman Al- Ansary. Nabi sangat sayang kepadanya kerana telatahnya yang lucu serta menghiburkan. Selain dari berbakat sebagai pelawak, Nuaiman juga seorang pahlawan yang pernah ikut serta dalam Peperangan Badar.

Pada suatu hari datang seorang lelaki menunggang seekor unta hendak berjumpa dengan Rasullullah SAW. Unta itu ditambatkannya di luar masjid. Sedang lelaki itu asyik berbual dengan Rasullullah SAW maka pelawak Nuaiman pun datang. Dan seperti biasa Nuaiman sentiasa menjadi perhatian orang ramai kerana telatahnya yang melucukan. Nuaiman tertarik melihat unta itu lalu orang ramai yang berada di luar masjid mengapi-apikannya.

“ Wahai Nuaiman, engkau adalah pelawak kesayangan Rasullullah saw. Cuba engkau sembelih unta itu dan nabi pasti akan membayar ganti ruginya,” kata orang ramai. Maka dengan segala kelucuannya Nuaiman menyahut cabaran itu lalu menyembelih unta tersebut. Dagingnya dibahagikannya kepada orang ramai yang berada di sekitar masjid. Tiba-tiba lelaki tuan punya unta keluar dari masjid lalu menjerit marah kerana unta kesayangannya sudah disembelih. Nuaiman berasa takut lalu lari menyembunyikan diri dalam sebuah kebun.


Nabi SAW menyuruh orang ramai mencari Nuaiman dan dibawa ke hadapan baginda. “ Kenapa kamu sembelih unta itu?” tanya Nabi Muhammad SAW. Dengan gaya yang melucukan Nuaiman pun menjawab,” Wahai Rasullullah SAW. Orang ramai yang menyuruh saya menyembelih unta itu. Mereka kata Nabi akan membayar ganti ruginya.” Nabi Muhammad tersenyum melihat telatah Nuaiman. Baginda tidak marah sebaliknya membayar ganti rugi kepada tuan punya unta itu. 

Pada suatu hari yang lain, sedang Nuaiman berjalan di sebuah pasar, dia tertarik bila melihat sejenis makanan lalu Nuaiman berfikir alangkah baiknya kalau makanan itu diberikan kepada Rasullullah SAW. Tetapi ketika itu dia tidak mempunyai duit untuk membelinya.

 “ Boleh saya bawakan makanan ini kepada rasullullah saw dan saya akan bayar kemudian,” kata Nuaiman dan penjual makanan itu setuju. Nuaiman menghadiahkan makanan itu kepada Rasullullah SAW. Sedang baginda menikmati makanan itu tiba-tiba penjual makanan datang menuntut bayarannya. “ Wahai Nuaiman, bukankah kamu yang hadiahkan makanan ini?” tanya Rasullullah SAW.

“ Semasa berada di pasar tadi saya nampak lelaki ini menjual makanan yang sedap lalu saya bercadang hendak menghadiahkannya kepadamu. Tetapi duit saya tidak ada untuk membelinya. Lalu saya berjanji akan membayarnya kemudian,” jawab Nuaiman masih dengan gayanya yang melucukan. Sekali lagi Nabi Muhammad SAW tersenyum lalu membayar harga makanan tersebut kepada lelaki itu.
p/s: hebatkan Rasulullah..kasih sayang Baginda tak mengenal sesiapa. cuba letakkan diri kita di tempat Rasulullah..agaknya awal-awal lagi dah hangin satu badan kalau "dikenakan" macam ni.tapi,Bagindalah Rasulullah.sentiasa mendahulukan kebahagiaan umat Baginda.
Selawat dan salam kerinduan buat Baginda. ^___^

Tuesday, 17 May 2011

KEMBARA: SURAT CINTA dari AL-QURAN..

Bismillahirrahmanirrahim..

Waktu engkau masih kanak-kanak
Kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu’, aku kau sentuh
Dalam keadaan suci, aku kau pegang
Aku, kau junjung dan kau pelajari
Aku kau baca dengan suara lirih
Ataupun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra


Sekarang engkau telah dewasa
Nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku
Apakah aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan
Yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk
Anak kecil yang belajar mengaji


Sekarang aku tersimpan rapi sekali
Sehingga kau terlupa di mana aku tersimpan
Aku sudah kau anggap sebagai pengisi setormu
Kadangkala aku dijadikan mas kahwin
Agar engkau dianggap bertaqwa
Atau aku kau buat penangkai
Untuk menakuti iblis dan syaitan


Kini aku lebih banyak tersingkir
Dibiarkan dalam kesendirian
Kesepian
Di dalam almari, di dalam laci
Aku engkau pendamkan

Dulu..pagi-pagi..
Surah-surah yang ada padaku
Engkau baca beberapa halaman
Di waktu petang
Aku kau baca beramai-ramai
Bersama temanmu di surau


Sekarang..seawal pagi sambil minum kopi
Engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan aku yang berisi ayat-ayat
Yang datang dari Allah Azzawajalla
Aku engkau abaikan dan engkau lupakan
Waktu berangkat kerja pun
Kadang kau lupa baca pembuka surah-surahku
[ Bismillah ]
Di dalam perjalanan
Engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi


Tiada kaset yang berisi ayat Allah
Yang terdapat dalam keretamu
Sepanjang perjalanan
Radiomu sentiasa tertuju
Ke stesen radio kesukaanmu
Mengasyikkan

Di meja kerjamu tidak ada aku
Untuk kau baca sebelum kau mula kerja
Di komputermu pun kau putar
Muzik kegemaranmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku
e-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun
kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu
Benarlah dugaanku bahawa
Engkau kini sudah benar-benar
Hampir melupaiku

Bila malam tiba
Engkau tahan bersengkang mata
Berjam-jam di depan TV
Menonton siaran televisyen
Euro, Copa Amerika, Akademi Fantasia
Di depan komputer
Berjam-jam engkau betah duduk
Hanya untuk membaca berita murahan
Menatap gambar sampah
Menonton CD tak berfaedah

Waktu pun cepat berlalu
Aku semakin kusam di dalam laci-lacimu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan
Engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku
Dengan suara dan lafaz
Yang tidak semerdu dahulu
Engkau kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulanmu

Bila engkau di kubur sendirian
Menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat
Apakah TV, radio, hiburan
Atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah yang ada padaku
Menolongmu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu tenang...
Membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya...
Kubur yang setia menunggumu...
Engkau pasti kembali
Kembali kepada Tuhanmu


Jika engkau baca selalu
Dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti...
Aku akan datang sebagai
Pemuda gagah nan tampan
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat
Dan akulah AL-QURAN kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu


Pegangilah aku kembali...
Bacalah aku kembali setiap hari...
Kerana ayat-ayat yang ada padaku
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu


Keluarkanlah segera aku
Dari laci almarimu...
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu...
Agar engkau senantiasa mengingati Tuhanmu
Sentuhilah aku kembali...
Baca dan pelajari lagi aku...
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari
Walau secebis ayat
Seperti dulu...waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan bersendirian
Dalam bisu dan sepi...
p/s:ayuh lazimi diri dengan bacaan al-quran..banyak manfaatnya..
hati akan menjadi tenang..
tahukah kamu?? membaca al-quran salah satu zikir yang Allah tetap kira walaupun membacanya tanpa kehadiran hati.
sekiranya kenyataan saya salah, silakan untuk membuat teguran. ^__^

Monday, 16 May 2011

KISAH TELADAN: PELACUR melahirkan 7 orang NABI.

Al-Hasan meriwayatkan, bahawa dahulu ada seorang pelacur yang sangat cantik jelita. Dia tidak mahu melayani orang yang datang kecuali jika dibayar sebanyak seratus dinar.

    Secara kebetulan pada suatu hari ada seorang ahli ibadah yang melihat wajah pelacur cantik itu sehingga membuatkan ahli ibadah itu tertarik dan jatuh cinta kepadanya. 


Kerana lelaki ahli ibadah itu mengetahui, bahawa untuk dapat dilayani oleh pelacur cantik itu orang harus memberinya wang sebanyak seratus dinar, maka lelaki ahli ibadah itu akhirnya pergi mencari pekerjaan untuk mengumpulkan wang sebanyak itu. 

  Setelah wang sebanyak seratus dinar itu dapat dikumpulkan, dia pun pergi menemui pelacur cantik itu serta berkata kepadanya: “Kecantikanmu telah membuatkan aku benar-benar tergoda, oleh kerana itu, aku telah berusaha sedaya upayaku untuk mendapatkan wang seratus dinar sebagaimana yang engkau kehendaki itu.”

Wanita pelacur itu berkata: “Silakan masuk ke rumahku.”

    Dengan tidak berfikir panjang, ahli ibadah itu langsung masuk ke rumahnya. Di dalam rumah pelacur yang cantik jelita itu ada tersedia sebuah tempat tidur yang dibuat dari emas. Pelacur itu lalu duduk di atas tempat tidurnya dan berkata: “Marilah segera mendekatiku.”

    Ketika lelaki ahli ibadah itu bermaksud untuk memuaskan nafsunya, pada waktu itu juga tiba-tiba ia ingat kepada Allah sehingga menggigil seluruh tubuhnya


Kepada wanita pelacur tersebut lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku pergi saja meninggalkan kamu dan wang yang jumlahnya seratus dinar itu ambillah olehmu!”

Wanita pelacur itu kembali bertanya: “Apakah sebenarnya yang terjadi atas dirimu, bukankah kamu telah tergila-gila kepadaku sehingga kamu membanting tulang dan mengeluarkan peluh untuk mendapatkan wang sebanyak seratus dinar? Pada saat ini kamu telah mendapatkan apa yang kamu inginkan itu, akan tetapi mengapa kamu akan meninggalkan aku?”

Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT dan juga atas kedudukanku selama ini di sisi-Nya. Berkemungkinan kerana aku akan pergi meninggalkan kamu, kamu merasa benci kepadaku, ketahuilah olehmu, sesungguhnya aku juga sangat membenci kamu kerana Allah."



Wanita pelacur itu berkata: “Jika yang kamu katakan itu benar, aku tidak akan bersuami kepada orang lain melainkan kamu.”

Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku keluar!”

Wanita pelacur itu menjawab: “Tidak, kecuali bila kamu mahu menjadi suamiku.”

“Tidak, biarlah aku keluar dari rumahmu ini!” kata lelaki itu.

Wanita itu kembali bertanya: “Apakah yang membuatmu merasa keberatan bila aku memohon kepadamu supaya engkau mahu menikahi aku?”

Lelaki itu menjawab: “Untuk menjadi isteriku boleh saja, akan tetapi aku harus pergi meninggalkan tempat ini kembali ke tempat biasanya aku melakukan ibadah.”

    Selepas berkata demikian, lelaki ahli ibadah itu langsung pergi meninggalkan rumah pelacur tersebut. Begitu juga dengan wanita pelacur itu ia ikut serta keluar dari daerahnya untuk bertaubat kepada Allah dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya. Wanita pelacur itu terus berjalan, hingga akhirnya ia sampai ke tempat asal lelaki ahli ibadah tersebut.

Kepada ahli ibadah tersebut seseorang datang menemuinya dan berkata: “Sesungguhnya permaisurimu telah datang kepadamu.”


    Ketika ahli ibadah melihat kedatangan wanita itu, ia terkejut dan langsung terjatuh dalam pelukan wanita pelacur yang cantik jelita itu. Pada waktu itu juga lelaki ahli ibadah tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir

Melihat keadaan demikian, kepada orang yang hadir wanita pelacur yang telah bertaubat itu bertanya? “Apakah lelaki idamanku yang telah meninggalkanku buat selama-lamanya ini ada mempunyai saudara?”

Orang yang hadir pada waktu itu menjawab: “Ia ada mempunyai seorang saudara lelaki, akan tetapi saudara lelakinya itu hidup dalam keadaan kemiskinan.”

Jika memang demikian, aku akan menikah dengannya sebagai ganti dari lelaki yang aku cintai ini,” kata wanita itu.


Akhirnya wanita tersebut menikah dengan saudara lelaki ahli ibadah itu dan dari hasil pernikahan tersebut, Allah SWT mengurniakan kepada mereka sebanyak tujuh orang anak yang kemudian ketujuh orang anak tersebut menjadi nabi semuanya. 

p/s:hebatkan..keimanan seorang pemuda yang teguh dapat membuka pintu hati seorang pelacur.kita kembali ke alam nyata, masih adakah pemuda yang teguh imannya seperti pemuda ini??
hakikatnya dapat kita lihat pemuda masa kini kalah dengan godaan nafsu..
begitu juga pemudi..
mahu kelihatan cantik,bergaya..hingga lupa kepada Sang Khaliq(pencipta)..
ayuh bangkit BERSAMA duhai remaja harapan agama..
Islam tak perlukan kita, tapi kita perlukan ISLAM.
moga hidayah menjadi milik aku dan kamu semua.

Sunday, 15 May 2011

KEMBARA: PERCAYALAH..KAMU LEBIH BAIK sekiranya kamu BERSYUKUR.

*Jika kamu miskin, masih ada yang lebih miskin daripada kamu.



*Jika kamu sakit, masih ada orang yang sakit teruk daripada kamu.
 

*Jika kamu bodoh, masih ada orang yang lebih bodoh daripada kamu.
 

       
*Jika kamu buruk, masih ada orang yang lebih buruk daripada kamu.



*Jika kamu hodoh, masih ada orang lebih hodoh daripada kamu.



*Jika kamu kaya, masih ada orang yang lebih kaya daripada kamu.



*Jika kamu kuat, masih ada orang yang lebih kuat daripada kamu.



*Jika kamu pandai, masih ada orang yang lebih pandai daripada kamu.



*Jika kamu cantik, masih ada orang yang lebih cantik daripada kamu.



p/s: Kadang-kadang kita selalu lupa pada banyaknya kurniaan Allah..sehinggakan terlalu sedikit kita bersyukur. Pernahkah kita terfikir andai satu hari nanti nikmat tersebut ditarik kembali..apakah ketika itu baru kita mahu bersyukur?? 

Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh Saidatina Aisyah r.a akan kenapa Rasulullah perlu bersusah payah beribadat kepada Allah sehingga bengkak kedua belah lutut Baginda..sedangkan Baginda s.a.w sudah dijamin syurga bagi Baginda. Lalu jawab Baginda s.a.w, "Salahkah kiranya aku bersyukur?"..

Nah, sahabat yang dirahmati Allah..bagaimana dengan ibadat kita?? Yang wajib, adakah semua TERTUNAI? yang sunat, pernahkah TERLINTAS DI FIKIRAN untuk melakukannya? moga HIDAYAH Allah menjadi MILIK kita semua agar kita jadi hamba yang BERSYUKUR.