ZIKIR HATIKU DAN KAMU

Wednesday, 28 September 2011

Bicara Hati: Apa khabar hatimu?






Hati masih dilanda resah,
Jiwa masih rasa gelisah,
Hati berbolak-balik,
Jiwa terumbang ambing,
Ke kanan, ke kiri,
Ke atas, ke bawah,


Hati berkata,
"Aku mahu berubah!"
Tekadnya mula meninggi,
Namun Nafsu mencelah,
Keinginan hati dihalang,


Lalu dia berkata,
"Aku masih meraja!"
Hati kini tunduk melayu,
Siapa yang mampu melawan dirimu, Nafsu..?
Namun bicara itu hanya terhenti di dalam,
Di ruang qalbu yang tiada siapa dapat mendengar,





"Mengapa aku begini lemah?"

Qalbu memberontak,
Geram pada sifat diri yang lemah tak berdaya,
Siapa yang mampu membantuku?


Oh ya,
Iman, di mana kau, Iman,
Aku rindu kau, Iman,
Sudah lama kau tidak singgah di hati ini,
Menemani hati yang kian sunyi,





Dulu tatkala Iman masih di hati,
Mengapa tak dibiar Iman meraja..?
Mengapa dibiar Nafsu bergelora..?
Sedangkan Iman punyai kredibiliti yag jauh lebh tinggi berbanding Nafsu,
Namun hati tak mampu melawan kehendak Nafsu,
Lalu mana mungkin Iman dapat bertahan di situ,
Tatkala Raja dirimu kini hanya Nafsu..?


Hati kini dilanda kesal,
Hati lalu merintih & merayu pada Tuhan,
Ya, Tuhan,
Tuhan yang menguasai segala Raja,
Tuhan yang Maha Perkasa,
Tuhan yang Maha Pengampun,
Tuhan yang membolak-balikkan hati,
Tuhan yang mendamaikan hati,


Pedulikan segala masa silammu,
Aku tahu, Dia itu Maha Pengasih pada setiap hamba-Nya,
Dia rindu untuk mendengar rintihan hamba-Nya,
Cuma hati yang lalai, lupa untuk merintih pada-Nya,


Dalam jiwa yang masih kelam itu,
Tersemat satu janji yang tak akan dia mungkiri,
"Aku tak akan mengalah lagi,"
Pasti,
Kerana dia tahu,







"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya & meninggalkan larangan-Nya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya)Dan memberi rezeki daripada jalan yang tidak terlintas di hatinya"
- Surah Ath-Thalaq: 2-3 -

Wednesday, 21 September 2011

KEMBARA IBADAH: Boleh ke PUASA pada hari JUMAAT?

Bismillahirrahmanirrahim..


Semalam saya ditanya oleh seorang sahabat,
"Akak, boleh x puasa pada hari jumaat?"
Jawapan yang saya perolehi saya kongsikan dengan anda semua.
Sekiranya ada pandangan lain sila nyatakan.


Al-Nawawi di dalam Minhaj al-Thalibin berkata: 
"Dimakruhkan berpuasa hari Jumaat secara bersendirian, dan pada hari Sabtu." 
(Bihamisy Mughnil Muhtaj, vol.1, hal. 447)
Maksud berpuasa pada hari Jumaat atau Sabtu secara bersendirian ialah, tidak melakukan puasa sebelum atau selepas hari berkenaan.
Jika puasa hari Jumaat, dia tidak berpuasa pada hari khamis. Juga tidak berpuasa pada hari Sabtu. Ini makruh.
Begitu juga, jika dia berpuasa pada hari Sabtu, dia tidak berpuasa pada hari Jumaat. Juga tidak berpuasa pada hari Ahad. Makruh juga.



Al-Khatib al-Syarbini memberi komentar: 
[Dan dimakruhkan berpuasa secara bersendirian pada hari Jumaat kerana sabda Rasulullah s.a.w.: "Jangan kamu berpuasa oleh salah seorang dari kamu pada hari Jumaat kecuali berpuasa sehari sebelum atau selepasnya." (HR Syaikhani). Alasannya ialah, agar dengan tidak berpuasa dapat menguatkan dirinya untuk melakukan perkara yang dituntut pada hari Jumaat. 
(Lihat: Mughnil al-Muhtaj, al-Khatib al-Syarbini, vol 1, hal 447)


Katanya lagi:
[Ada juga yang mengatakan illah (alasannya) ialah supaya tidak berlebih-lebihan di dalam mengagungkan hari Jumaat, sebagaimana orang kelakukan Yahudi untuk hari Sabtu. Ada juga yang memberi alasan agar tidak dianggap sebagai puasa yang diwajibkan. Ada pendapat lain, alasannya ialah, kerana hari jumaat adalah hari raya dan hari menikmati makanan.] (ibid.)



Katanya lagi: 
[Dimakruhkan juga berpuasa pada hari sabtu bersendirian ataupun pada hari Ahad. Kerana ada hadis: "Jangan kamu berpuasa pada hari Sabtu kecuali puasa yang wajib atas kamu." (HR al-tarmizi & al-hakim atas syarat syaikhani). Kerana orang Yahudi mengagungkan hari Sabtu dan orang Nasrani (Kristian) mengagungkan hari Ahad.
Dan terkeluar/terkecuali dari kemakruhan menyendirikan tiga hari tersebut ialah dengan menghimpunkan dengan hari lain. Oleh itu tidak makruh berpuasa pada hari Jumaat dengan digabungkan puasa pada hari Sabtu. Begitu juga tidak makruh berpuasa pada hari Sabtu dengan digabungkan puasa pada hari Ahad. Kerana dengan menggabungkan begini dianggap tidak mengagungkan hari-hari berkenaan.] (ibid.)


Katanya lagi:
[(Tanbih/peringatan). Tempat yang dimakruhkan menyendirikan puasa pada hari-hari yang tersebut di atas ialah apabila ia tidak bertepatan dengan adat kebiasaannya. Oleh itu, jika dia biasa melakukan sehari berpuasa dan sehari berbuka, kemudian terkena hari berpuasa pada hari berkenaan (Jumaat, Sabtu atau Ahad), maka ini tidak dimakruhkan, sebagaimana pada hari syak. Kerana ada hadis Muslim: "Jangan kamu mengkhususkan berpuasa pada hari Jumaat di antara hari-hari, kecuali pada puasa yang berpuasa oleh salah seorang dari kamu." Dan diqiyaskan hari Jumaat dengan hari-hari lainnya.] (ibid.)

Demikian nukilan dari Mughnil Muhtaj.
-------------------- 
Kesimpulan: 
1. Makruh berpuasa pada hari Jumaat tanpa berpuasa sebelum atau selepas hari berkenaan. 
2. Begitu juga dengan hari Sabtu dan Ahad. 
3. Hukum ini berdasarkan kepada beberapa hadis Nabi s.a.w. 
4. Tidak makruh berpuasa pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad jika ia berbetulan dengan adat kebiasaannya. Seperti orang yang biasa berpuasa sehari dan berbuka sehari.
Sekian. Wallahu a'lam
Rujukan:
Mughnil Muhtaj, vol. 1

source: http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/id118.html

Tuesday, 20 September 2011

KEMBARA: Apa itu NIKMAT?? kamu tidak BUTA jika kamu menyedarinya.

Bismillahirahmanirrahim..hamdan wa syukran lillah.
Alhamdulillah, di tengah kesibukan di awal semester Allah izinkan saya utk berkongsi sesuatu dengan anda semua.
Sesuatu.
Yang mungkin kita semua tak pernah terfikir.


Hari ini, sewaktu di dalam kelas Bahasa Arab, ustaz kami bercerita kepada kami mengenai seorang kenalan beliau yang pernah menghidapi penyakit kanser prostat.


Betapa sakitnya diuji, hanya tuan empunya badan mampu menzahirkan rasa sakit tersebut.
Setahun lebih kenalan ustaz diuji dengan penyakit ini.
Sepanjang tempoh ini jugalah beliau memakai bag kecil utk buang air kecil dll.
Alhamdulillah, sekian lama diuji beliau sembuh.
Dan beliau tidak perlu lagi memakai bag kecil.
Tahukah kamu apa yang diperkatakan beliau kepada ustaz saya?
"Baru sekarang saya merasai nikmat KENTUT.."




mungkin anda tergelak, kerana saya dan rakan-rakan lain turut tergelak di dalam kelas.
SUBHANALLAH.
Hebat kan Allah.




Hakikatnya, segala yang kita perolehi, rasai, nikmati adalah nikmat dari Allah.
cuma kita kadang-kadang buta dalam mensyukuri NIKMAT Allah sehingga kita tak nampak nikmat itu sebagai nikmat.
Bermula daripada nikmat yang kecil hingga nikmat yang paling besar iaitu IMAN dan ISLAM.
mOga kita semua termasuk dalam golongan hamba Allah yang BERSYUKUR.
"Allahummaja'lni min abdi syukur.."

Saturday, 3 September 2011

::Erti SYUKUR::

Subhanallah..

Cantik…sungguh cantik.


Mata ini seolah terpaku pada indahnya ciptaan Allah.
Hatiku berbisik halus,”ya Allah, Kau kekalkanlah kecantikan ini saat dia menghadapMu di hari pembalasan nanti..”


Kereta mewah yang baru sahaja berhenti di kedai keropok lekor 008 ini membawa penumpang yang manis bergaya,sopan.  Bapa, ibu dan seorang anak gadis. Entah mengapa, saya begitu tertarik melihat anak gadis ini. Terbit rasa syukur dalam diri, walaupun dia dibesarkan di dalam keadaan serba mewah, ciri-ciri ketimuran masih ada pada dirinya.


Saya melihat dirinya, saya melihat pelanggan lain..saya melihat juga diri saya. Setiap di antara kita punyai takdir yang tersendiri. Boleh jadi sama, tetapi yang banyaknya berbeza. Kadang-kadang apabila kita melihat orang yang mempunyai kelebihan, lebih dari kita..kita akan merasakan, “alangkah beruntungnya dia..” namun, apabila kita melihat orang yang lebih susah dari kita..kita akan merasakan,”nasib baik saya..”

Ayat yang biasa dilafazkan,"...cantiknya dia", "..besarnya kereta dia", "bestnya dapat duduk rumah besar mcm tu.."..kita seringkali suka utk menghitung kelebihan orang lain. Sedang nikmat yang Allah kurniakan kita lupa untuk menghitungnya hingga adakala kita terlupa kita mendapat nikmat tersebut. 

Episode hidup yang berbeza..namun membawa kepada pengakhiran yang sama. Nah, di sini saya ingin mengajak anda semua untuk sentiasa bersyukur..walau berada di dalam apa jua keadaan sekalipun ..apa itu S.Y.U.K.U.R? tertarik saya pada kata-kata ini.. “mana mungkin hamba yang lemah lagi dhaif ini mampu menterjemahkan erti syukur, sedang kalimah syukur ini pun dipinjamkan daripada kebijaksanaanNya”.

p/s: ayuh mula menghitung segala kurniaan Allah pada kita =)