ZIKIR HATIKU DAN KAMU

Saturday, 7 January 2012

Bila berbicara mengenai CINTA.



Pada suatu hari datang seorang pemuda bertemu Imam Syafie mengatakan bahawa dirinya telah jatuh cinta. Imam Syafie dengan tenang menasihati pemuda tersebut “Simpanlah cinta itu dihatimu sehingga Allah menganugerahkanmu jalan untuk engkau alirkan cintamu.”


Bertitik tolak dari nasihat Imam Syafie, maka ku ukir kata sebagai pedoman buat diri…


Cinta itu…
Cinta itu fitrah,
Cinta itu anugerah,
Andai mencintai kerana Allah.


Cinta itu fitrah,
Namun anugerah boleh jadi fitnah,
Andai tidak memiliki fikrah.


Berawaslah! 
Bisikan syaitan itu, diikuti mudah,
Supaya tunduk pada nafsu serakah,
Jangan sampai kita kalah,
Hingga segalanya kita serah,
Akhirnya kesal kerana punah.


Justeru, maruahmu peliharakan,
Nuranimu sucikan,
Agar iman yang engkau tanamkan,
Pohon taqwa yang engkau bajakan,
Tidak rosak dimakan syaitan.


Sedarilah! Hatimu jua hatinya,
Dua-dua adalah miliknya,
Yakinlah dengan taqdirnya,
Apa yang tertulis di sana,
Pasti di sini akan terlaksana.


KeTika itu,
Apabila telah bersatu,
Cintanya dan cintamu,
Baru kau tahu,
Tanpa sedikit ragu,
Betapa cinta yang kau pelihara dulu,
Tidak pernah sia-sia begitu,
Apabila telah mendapat restu,
Restu dari Yang Maha Tahu.


Dengan restu itu,
Nikmatilah anugerah Tuhanmu,
Yang telah dipilihNya khusus buatmu,
Ingatlah, dia bukan pilihanmu,
Bukan juga pilihan keluargamu,
Dia adalah pilihan Allah buat mu,
Buatmu yang mengekang nafsumu kerana Tuhanmu.


No comments: