ZIKIR HATIKU DAN KAMU

Monday, 2 January 2012

New Year Celebration di Lantunan Mahabbah Rasulillah ^_^

Bismillahirrahmanirrahim..
Hamdan wa syukron lillah..
Tak terhitung nikmatMu hingga ke saat ni dan saat-saat seterusnya..
Aku beriman kepadaMu Ya Latif,yang Maha Lembut kepada hambaNya..

Kali ini ingin saya berkongsi sedikit pandangan dan pengalaman..
Alhmdulillah, jika sambutan tahun baru pada tahun baru saya melibatkan diri dengan penyebaran risalah di Sungai Petani, pada tahun ini saya menghadirkan diri ke Lantunan Mahabbah Rasulillah. 


Subhanallah, terasa diri ini sangat kerdil.. saya mengaku saya pencinta rasul, tapi msih banyak sunnah Baginda belum saya ikuti..syafaatkan daku, ya Rasulullah..

Dalam program ini bermula jam 10 pagi kami disajikan dengan juadah jiwa yang amat istimewa oleh Ust. Haron Din. Beliau menceritakan pengalaman bermimpi dengan Rasulullah. 6 mimpi kesemuanya. Subhanallah. moga Allah merahmati beliau di atas perkongsian ini. Bermula dengan mimpi pertama, di mana beliau menjadi penjaga pintu di sebuah rumah bagi memeriksa kehadiran tetamu. Di dalamnya, Rasulullah sedang menyampaikan kuliah. Beliau bangkit dari tidur sebelum sempat beliau menatap wajah Rasulullah. Beliau terkilan kerana tidak menjenguk ke dalam.sedangkan jika beliau menjenguk ke dalam, beliau sudah dapat melihat wajah mulia itu. seterusnya mimpi kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam. 


Dalam mimpi kelima beliau berjumpa dengan Rasulullah. Pada ketika ini, beliau mengalami sakit belakang. Sakit yang teramat. Dalam mimpi, Rasulullah mengusap belakang beliau. Alhamdulillah, hingga sekarang beliau xpernah lagi sakit belakang. dan..MIMPI KEENAM. Ketika ini Rasulullah s.a.w berada di dalam sebuah khemah. Beliau ditugaskan untuk memakaikan kasut kepada Baginda. perasaan ketika itu, berdebar-debar. Perasaan menantikan kekasih yang ditunggu sekian lama. Sehinggalah Baginda Rasulullah keluar dari khemah dan meletakkan kaki Baginda di atas ribaan beliau. Beliau memegang kaki insan mulia itu. Haruman wangi dari jasad Baginda sampai ke hidung beliau. Rasulullah menyatakan sesuatu kepada beliau (xmampu untuk beliau kongsikan). Subhanallah, hamba yang berdosa ini juga mempunyai keinginan utk merasai nikmat itu. Saya mendengar esakan kecil daripada hadirin yang turut menjiwai perkongsian ini. Moga Allah merahmati kami semua.

Seterusnya, pada jam 2.30 petang kami dihidangkan dengan Qasidah daripada penuntut Madrasah Darul Hadis. Subhanallah, saya cukup tertarik kepada adik-adik yang cukup jernih wajahnya pada pandangan zahir saya.Cukup indah. Ditambah dengan alunan suara yang lunak, cukup menghiburkan. Di samping Qasidah, kami turut dihidangkan dengan persembahan puisi. Puisi istimewa. Kenapa istimewa? Kerana disampaikan oleh adik yang istimewa. Dia kehilangan sebelah kakinya kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya tahun lalu, tapi beliau punyai semangat berkobar-kobar untuk pengislahan umat. Sungguh, saya sangat mengangumi adik ini. Jika saya di tempatnya, belum tentu saya sekuat itu. Moga dirimu terus kuat adik yang ku kasihi kerana Allah. Moga Allah pinjamkan kecekalan dan ketajaman Syeikh Muhd Yassin yang berjuang di atas kerusi roda kepadamu.

Dan yang terakhir, malam kemuncak. Puluhan ribu hamba Allah membanjiri Stadium Sultan Abdul Halim. Timbul rasa syukur kerana menjadi pilihan Allah untuk berada di situ. Puluhan ribu hamba Allah berhimpun bagi menzahirkan rasa cinta kepada Rasulullah.. saya berbisik kepada sahabat di sebelah, "mesti Rasullullah tersenyum tengok kita, kan.." perasaan bahagia menerjah diri. Terasa Baginda turut berada dalam majlis ini. Bagaikan tidak sabar menanti pertemuan dengan Baginda. Hampir semua berpakaian serba putih, lambang kesatuan. Warna yang bakal menemani kita semua selepas alam dunia. Qasidah dialunkan.. seterusnya, kami disajikan dengan sedikit taujihat daripada Syeikh Ahmad Fahmi Zam Zam (Mudir Pesantren Yassin, Indonesia).

Inilah serba sedikit perkongsian sambutan tahun baru saya. Di Shah Alam, juga berlangsung hebat sambutan tahun baru yang dikendalikan oleh Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Raja Lawak. Di UPSI juga, ada tragedi berdarah. Di mana anda? Saya yakin setiap pencinta kebenaran berada di tempat yang selayaknya. Saya melihat semua ini bakal menyumbang kepada kemenangan Islam. Bukan menang dalam peperangan fizikal. Menangnya KEBENARAN mengalahkan KEBATILAN. Melihat kepada fenomena sambutan tahun baru kali ini, saya menjadi bertambah yakin dengan kemenangan Islam yang pernah diramal oleh pengkaji sejarah.."Islam takkan jatuh lebih daripada 100 tahun.." kita semua sedia maklum bahawa kejatuhan Islam pada tahun 1924, 'jasa baik' Mustafa Kamal At-Tartuk..jikalau mengikut perkiraan mudah, 100 tahun selepas 1924 adalah 2024.boleh jadi waktu itu Islam sudah tertegak dengan jayanya..tidak mustahil Malaysia yang tercinta ini menjadi Baldatun Thoyyibatun wa Rabbun Ghafur. Subhanallah, sungguh saya merindui saat-saat kemenangan ini.

Saya memohon keampunan dari Allah, andai tersilap dalam meluahkan kata-kata. Saya berlindung kepada Allah daripada segala kata yang sia-sia. Semoga tulisan ini memberi manfaat kepada diri saya dan anda semua.

No comments: