::Indahnya hidup yang PADAT::

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah. Hamdan wa syukran lillah.


Subhanallah.


Pada petang Khamis yang hening ini, muncul perasaan rindu untuk mencoret kata-kata di sini.


Terasa seperti agak lama saya biarkan laman ini bersawang dek kesibukan urusan pengajian.


Semester akhir, Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran.


Menjanjikan satu detik manis, perasaan untuk menamatkan pengajian membuak-buak. 


Igauan untuk bekerja semakin rancak menari di legar fikiran.


Kerja vs. Master kerap juga membelenggu jiwa.


Harapan ABAH dan UMI menjadi PEMBAKAR SEMANGAT.


SABAR.


Semester akhir xkan lengkap kalau tidak dihiasi dengan pakej KESIBUKAN dan KEPENATAN MELAMPAU ^_^


Allah.


Kadang-kadang, risau menyinggah. Takut kalau-kalau saya melafazkan kata-kata yang menunjukkan saya tidak REDHA pada ketentuan DIA. Hati-hati wahai diri dan KAMU. Suka saya ingatkan diri saya dengan hadis ini,

Belum dikatakan beriman seseorang itu sehingga dia beriman kepada takdir (ketentuan Allah), baik mahupun buruk. (H.R. Muslim)

Benar, kita penat. Benar, kadang-kadang rasa macam x mampu nak melangkah lagi. PUTUS ASA seakan-akan galak memujuk. Research, practical report, presentation. Kelihatan seperti mudah. Namun, untuk selesaikan satu-satu tugasan bukanlah semudah seperti menyebutnya. Allah, syukur dikurniakan teman seperjuangan yang cukup sabar melayan kerenah saya ^_^ terima kasih, sahabat comot saya.


Ditambah dengan kerenah pensyarah yang menguji kesabaran. Penambahan input di tahap minima dalam satu subjek, memang menguji kesabaran saya. Alhamdulillah, Allah ilhamkan ketenangan dengan fikiran.. "jika dalam kelas xbanyak beliau ajar, mesti time exam beliau mudah untuk menerima idea-idea kami" ^_^


Alhamdulillah. Minggu yang ke-5 selesai. Selesai dengan baik. InsyaAllah, minggu-minggu seterusnya pn begitu.

Ayuh teruskan MELANGKAH menuju KEJAYAAN.
Tenanglah, Allah kan ada ^_^

Comments

Manan Qayyim said…
moga terus semangat pd minggu seterusnya....

Allah kan ada...
Sahabat pun ada...

Buat terbaik utk sem last ni kak

Manan Qayyim,
Ampang
Sumayyah Islami said…
syukran adikku..
begitu juga untuk enta..

Allah kan ada ^^,
Sumayyah Islami said…
This comment has been removed by the author.
Anonymous said…
May god bless ..
All the best ..
Anyway..nice blog sis..
I've follow ur blog just now..
Keep it up..
Sumayyah Islami said…
syukran anonymous.
silakan untuk singgah lagi.
perjalanan hidup msih di peringkat permulaan ^_^

Popular posts from this blog

KISAH TELADAN: PELACUR melahirkan 7 orang NABI.

.:SABAR ADA 3 JENIS:.

Allah menyembunyikan 4 perkara dalam 4 perkara