ZIKIR HATIKU DAN KAMU

Thursday, 24 May 2012

::Homesick??::

Bismillahirrahmanirrahim.
Hamdan wa syukran lillah.
Hingga ke saat ini, msih bernafas.
Meneruskan sisa-sisa hidup dalam erti kata makna seorang hamba.
Selawat dan salam kerinduan buat junjungan mulia, Rasulullah s.a.w.
Semoga dengan salam ini dapat mengukir satu senyuman di wajah indah Baginda.

Sekian lama berada di universiti, menyibukkan diri dengan urusan akademik dan dakwah kecil saya dilanda penyakit yang sering menjadi ejekan bagi 'budak asrama'.



Homesick.

Ya, saya dilanda homesick.


Terlalu rindukan keluarga tercinta. Rindukan rumah. Rindukan pantai. Rindukan angin. Rindukan semua yang di sana.

Hampir segala urusan saya rasakan cukup berat untuk saya laksanakan. Assignment, test, research, practical report dll. 

Alhamdulillah, kerinduan ini bakal terubat. Sebentar nanti saya akan berangkat pulang ke kampung halaman. Terasa bagai ingin saya khabarkan kepada semua bahawa saya akan pulang. Ingin saya sebarkan perasaan bahagia ini pada seluruh alam.


Inilah fitrah kita sebagai manusia. Walau sesibuk manapun urusan dunia yang kita hadapi, luangkanlah walau sedikit waktu untuk keluarga tercinta. Abah dan umi, anakmu bakal pulang..hero-hero kecil, kakakmu bakal pulang..



No comments: