:: Ada Apa Dengan KENANGAN? ::

Bismillahirrahmanirrahim.
Apa khabar IMAN?
Moga dalam keadaan baik..lebih mengujakan andai ianya sedang bertambah.


Kenangan.
Kita melihat kenangan itu terbahagi kepada 2 jenis.
Kenangan manis vs pahit.
Kenangan baik vs buruk.


Kenangan manis @ kenangan baik seringkali membuat kita tersenyum.
Bahagia.
5A UPSR. 9A PMR. 11A SPM.
Menghabiskan masa bersama keluarga tercinta.
Melancong ke luar negara.


Kenangan pahit @ buruk. Sedaya upaya kita cuba untuk lupakan, apatah lagi untuk mengulanginya lagi.
Ianya menyakitkan.
Jika tidak pada anggota fizikal, ianya pasti memberi kesan pada qalbun.
Gagal dalam peperiksaan yang penting.
Kemalangan yang hampir meragut nyawa.
Dimalukan di tengah khalayak ramai.


NAMUN.
Wahai saudara satu aqidahku, sedarkah kalian?
Kita mendidik jiwa kita untuk hidup untuk hidup.
Bukannya hidup untuk mati.


Bukankah sepatutnya yang menjadi kenangan manis itu adalah
 "di saat kita dapat menitiskan air mata kerana takut pada Allah"
 "hati bergetar ketika nama Allah disebut"
 "meninggalkan maksiat kerana takut akan Allah"
 "taat pada suruhan dengan merasai kewujudan Allah"
 "dahi melekat di sejadah mengadu kasih pada Sang Pencipta"


Kenangan pahit pula..
"kita tidak mampu untuk menitiskan air mata apabila diperdengarkan ancaman azab Allah"
"hati langsung tak tersentuh apabila dibacakan kisah-kisah sirah"
"solat tanpa merasakan terapinya"
"zikir di bibir, tapi tiada Dia dihati"
"puasa, tetapi hanya merasakan lapar dan penat"


Allah.
Ayuh kita ubah cara kita melihat KENANGAN.
Biarlah segala yang lahir dari kita mendekatkan kita pada Si Dia.




Ampunkan kami Ya Allah. Kami hamba berdosa.. 

Comments

Popular posts from this blog

KISAH TELADAN: PELACUR melahirkan 7 orang NABI.

.:SABAR ADA 3 JENIS:.

Allah menyembunyikan 4 perkara dalam 4 perkara