Posts

Showing posts from May, 2012

::Homesick??::

Image
Bismillahirrahmanirrahim.
Hamdan wa syukran lillah.
Hingga ke saat ini, msih bernafas.
Meneruskan sisa-sisa hidup dalam erti kata makna seorang hamba.
Selawat dan salam kerinduan buat junjungan mulia, Rasulullah s.a.w.
Semoga dengan salam ini dapat mengukir satu senyuman di wajah indah Baginda.

Sekian lama berada di universiti, menyibukkan diri dengan urusan akademik dan dakwah kecil saya dilanda penyakit yang sering menjadi ejekan bagi 'budak asrama'.



Homesick.

Ya, saya dilanda homesick.


Terlalu rindukan keluarga tercinta. Rindukan rumah. Rindukan pantai. Rindukan angin. Rindukan semua yang di sana.

Hampir segala urusan saya rasakan cukup berat untuk saya laksanakan. Assignment, test, research, practical report dll. 

Alhamdulillah, kerinduan ini bakal terubat. Sebentar nanti saya akan berangkat pulang ke kampung halaman. Terasa bagai ingin saya khabarkan kepada semua bahawa saya akan pulang. Ingin saya sebarkan perasaan bahagia ini pada seluruh alam.


Inilah fitrah kita sebagai manusia. W…

::Zainab Al-Ghazali..Baiah Menjadi Maharmu::

Image
Perkahwinan pertama Sayyedah Zainab Al Ghazali diakhiri dengan perceraian setelah 2 tahun hidup sebagai suami isteri kerana hala perjuangan tidak sehaluan apabila suami beliau Syekh Muhammad Hafiz Al Sudani (pakar Ilmu Syariah dan Syekh Torikat Al Tijaniyyah) bertegas dengan pendiriannya menghalang Zainab Al Ghazali untuk meneruskan perjuangan menentang Kerajaan Thogut ketika itu.

Perkahwinan kedua beliau dengan Al Hajj Muhammad Salim Salim. Apabila bakal suami beliau bertanya apakah mahar yang dimintanya, beliau menyatakan bahawa mahar yang akan menyempurnakan perkahwinan mereka ialah Bai`ah untuk Mati Fi Sabilillah..bila ditanya bai`ah dengan siapa?..beliau menjawab: 


Al Syahid Hassan Al Banna..apabila tiba masa bai`ah nanti.. maka ketka itu jiwa dan rohku berada dalam genggaman, bukan dimiliki oleh suamiku dan tidak dimiliki oleh aku sendiri..tetapi dimiliki oleh Allah SWT yang kerana Allahlah aku berbai`ah kepada Al Syahid Hassan Al Banna..sekiranya Tuan bersetuju..saya menerima Tua…