::Jari-jemariku kembali menari::

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.

Selawat dan salam buat Rasulullah s.aw.

Sudah agak lama saya tinggalkan penulisan di blog. Tiba-tiba hadir rasa rindu di hati ingin menulis sesuatu. Allahurabbi, senggang masa ini terlalu banyak perkara penting mengisi ruang hidup saya. Benar kata pepatah Arab, "masa ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya maka ia akan memotong kita".

TARBIYAH.

"Tarbiyah adalah satu proses pendidikan yang berterusan".. saya tidak pernah melupakan pernyataan ini sejak kali pertama mendengarnya. Cuba memahami maksud di sebaliknya. Pernah dulu saya anggap tarbiyah ini hanya boleh disampaikan melalui tulisan haraki ataupun program tarbiyah.

Saya SILAP.

Bukan begitu. Saya mula mencari dan memahami. Tarbiyah ini tak mengenal tempat, masa, dan sesiapa sahaja. Maha Suci Allah, Dia boleh mendidik kita bila-bila masa sahaja. Selagimana kita bernafas, tarbiyah takkan pernah berhenti. Ketika menghadiri pengajian di Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar hati saya bagai tersentuh melihat wajah-wajah bergaris jelas menghadiri kuliah. Bagaikan sudah tercatat mereka bakal berhadapan dengan pengakhiran yang baik. Dilihat pula wajah anak-anak kecil bermain-main di taman syurga ini. Subhanallah, mereka sudah dididik dengan baik semenjak dari kecil, pasti kelak bakal menjadi sosok yang dikagumi.

Konklusinya, tarbiyah itu bermula apabila kita mula menghubungkan hati kita dengan Sang Khaliq. Tiada yang terjadi di sekeliling kita dengan sia-sia.

Comments

Popular posts from this blog

KISAH TELADAN: PELACUR melahirkan 7 orang NABI.

.:SABAR ADA 3 JENIS:.

Allah menyembunyikan 4 perkara dalam 4 perkara