.:: Be Yourself! ::.

Bismillah. Hamdan wa syukran lillah.

Allah.

Mesej seorang sahabat beberapa hari lepas acapkali mengetuk pintu hati. Seakan pedih. Pilu. Mesej dari seorang adik. "Akak, _ _ ada terbaca buku karangan Ustaz Yahya Othman. Teringat pesan akak time usrah hari tu.. 5 matlamat sebagai muslim. Yang pertama, individu Muslim. Yang kedua, keluarga Muslim, dll..Sedar tak sedar kita dah kat stage ke 2 kn? "

Mesej itu ku biarkan berlalu.. Bukan tidak dihargai mesej itu..bukan juga marah. Entah. Hati bagai dicarik-carik. Sungguh, aku rindu. Rindu pada tarbiyah.

Bagaikan mendapat satu kekuatan. Aku merenung berfikir... Sungguh lemah diri ini. Allah, diri yang bagaimana ingin aku jadi.. Yes! Itu jawapannya.. Be yourself! Diri yang bagaimana kamu mahu jadi? 

Diri yang kembali kepada fitrah.. Diri yang menjadi hamba sepenuhnya kepada Dia. Diri yang sehabis-habisan berjuang memberi ketaatan kepadaNya. Diri yang takkan berputus asa dengan ujian. Diri yang akan tetap bangkit selepas diuji. Diri yang tidak jemu memberi.

Allah.

Teringat pesan abah satu ketika dahulu..sabar dalam memberi ketaatan adalah sabar yang paling sukar. Dulu, aku kehairanan..hati berbisik,"betul ke? macam tak susah je.." tapi sekarang, ku mula memahami.

Ibadah itu mula terasa payah apabila kita mula meremeh-remehkan rutin ibadah yang kita lakukan. Don't worry. Don't give up! Saat iman diketuk, kembali pada Allah. InsyaAllah, He'll never leave you alone.

Astaghfirullahal 'azim..

Comments

Popular posts from this blog

KISAH TELADAN: PELACUR melahirkan 7 orang NABI.

.:SABAR ADA 3 JENIS:.

Allah menyembunyikan 4 perkara dalam 4 perkara