::..Bila Rindu Menjelma.::

Bismillah.

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi ajma'in.

Allah.

Rindu. Benar-benar rindu. Rindu pada susuk tubuh yang pernah menggemparkan dunia dengan kelahiranNya. Terpadam api sembahan yang bertahun lamanya menyala.

Alhamdulillah. Allah izinkan menonton rancangan Tanyalah Ustaz, TV9. 

Seorang sahabat yang pada awalnya berniat untuk membunuh Rasulullah. Beliau mengikut Rasulullah melakukan tawaf. Beliau berada di belakang Rasulullah. Lalu Rasulullah berpaling wajah kepada beliau dan bertanya, "Apakah yang sedang ada di dalam hatimu?". Beliau menjawab, "Aku sedang mengingati Allah". Rasulullah ketawa dan bersabda," Pohonlah keampunan kepada Allah". Rasulullah meletakkan tangan suci Baginda ke dada sahabat tersebut. Beliau berkata, "Bermula pada saat itu tiada manusia yang paling aku cintai selain Rasulullah..".

Terkenang juga saat Baginda menyeru penduduk Taif kepada Islam. Darah memenuhi sepatu Baginda. Ditawarkan gunung sebagai balasan, namun bukan itu yang menjadi keinginannya. Beliau bahkan menghadiahkan doa kepada penduduk Taif, sehingga beriman keturunan penduduk Taif selepas itu.

Lau kaana bainana..

Allah..aku ingin..sekiranya aku yang diletakkan tangan suci Baginda..
aku ingin..sekiranya aku yang menjadi keturunan penduduk Taif..

Isyfa'lana ya Rasulallah..



Comments

Popular posts from this blog

KISAH TELADAN: PELACUR melahirkan 7 orang NABI.

.:SABAR ADA 3 JENIS:.

Allah menyembunyikan 4 perkara dalam 4 perkara