Posts

Showing posts from October, 2014

.::Belitan Iblis::.

Bismillah walhamdulillah.

Pernah satu ketika, saya terfikir..."Kuatnya iman asatizah dan alim ulama'..apakah mereka tidak diuji? Kuatnya mereka hadapi ujian itu.."

Fikiran ini mencetuskan rasa cemburu. Cemburu yang amat. Saya merasakan kesusahan untuk menongkah arus deras pasang surut iman. Mereka seakan tidak perlu bersusah payah. Bagaikan iman mereka berada tetap di level yang sama.

Persoalan ini terjawab ketika Allah rezekikan saya menonton rancangan bersama selebriti, TV3, Dr. Muhaya. Kita tahu Dr. Muhaya seorang muslimah berkerjaya yang agak padat rencana hariannya. Saya melihat setiap saat beliau isikan dengan aktiviti berfaedah. Masa lapang, beliau penuhi dengan mendengar bait-bait kata positif. Saya simpulkan di sini, iman akan berdiri teguh apabila kita menutup ruang daripada ianya jatuh.

Masa berlalu. Saya mula lupa apa yang saya pernah tonton. Saya mula merasakan nafas tercungap-cungah dek pergelutan iman kembali. 

Alhamdulillah, Allah rezeki menonton satu siaran u…

::.Sempadan Kasih Ibu.::

Bismillah, hamdan wa syukran ilallah thumma alhamdulillah.

Bergelar seorang ibu pastinya menjadi detik manis buat seorang wanita. Takkan mampu dilupakan rasa sakit tika melahirkan anak. Takkan lupa juga rasa syukur dan gembira tatkala anak dihulurkan cukup sifatnya. Allahu..bagaikan baru semalam Muhammad Alfateh bin Mohd Fickry dilahirkan. Sungguh, bermula Fateh disahkan mendiami rahim sehinggalah Fateh berada di depan mata rasa kasih, sayang, dan cinta bagaikan mengalir tanpa ada surutnya.

Namun, ada satu saat rasa itu bagai terhenti. Terhenti bukan kerana hilang, tetapi dek kerana mengakui hakikat min aina ila aina. Noktah.

Bercerita Ustaz Zul dalam rancangan Jalan Orang Mu'min, TV Alhijrah, "Dalam sebuah kemalangan yang dasyat, kereta berpusing beberapa kali. Suami berlumuran darah di kepala, wajah isteri dipenuhi dengan kaca yang tertusuk. Amat pedih sekali. Ketika bomba cuba untuk mengeluarkan mangsa daripada kereta, kedengaran suara tangisan bayi di bahagian belakang keret…