ZIKIR HATIKU DAN KAMU

Sunday, 16 March 2014

::Tawakkal::

Bismillah. Hamdan wa syukran lillah.

Allahumma solli ala sayyidina Muhammmad wa ala alihi wa sohbihi ajma'in.

Tawakkal.

Seringkali kita sebut bila muncul kepayahan dalam hidup.

Pasti setiap kita punyai kisah tawakkal masing-masing.

"Tawakkal diibaratkan seperti pergantungan seorang anak kecil terhadap ibunya..faham x?" tanya en.zauj. "Kurang jelas.."jawab saya sambil menggeleng-gelengkan kepala."Bayi yang baru lahir sepenuhnya bergantung kepada ibunya..jika tidak diberikan susu, kelaparan la bayi itu..jika tidak ditukar lampinnya, maka begitulah dia.."tambah en.zauj."ok2, fhm2.."

Perkongsian en.zauj dari kuliah di masjid, perumpamaan ini disampaikan oleh seorang ustaz berdasarkan kitab Minhajul Abidin (if not mistaken).

See?

Inilah konsep tawakkal..penyerahan diri sepenuhnya kepada Sang Khaliq, Allah Taala.

Alhamdulillah,tika ini saya mula menghitung hari menanti kelahiran my little caliph. Allahurabbi. Perasaan NERVOUS + EXCITED silih berganti. Ku serahkan segala urusan ini padaMu, ya Allah.

Moga Allah mudahkan urusan melahirkan anak ini. Moga anak ini menjadi anak yang soleh. Allahuma faqqihhu fiddin, wa allimhu takwil.

Wednesday, 12 March 2014

::Jari-jemariku kembali menari::

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.

Selawat dan salam buat Rasulullah s.aw.

Sudah agak lama saya tinggalkan penulisan di blog. Tiba-tiba hadir rasa rindu di hati ingin menulis sesuatu. Allahurabbi, senggang masa ini terlalu banyak perkara penting mengisi ruang hidup saya. Benar kata pepatah Arab, "masa ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya maka ia akan memotong kita".

TARBIYAH.

"Tarbiyah adalah satu proses pendidikan yang berterusan".. saya tidak pernah melupakan pernyataan ini sejak kali pertama mendengarnya. Cuba memahami maksud di sebaliknya. Pernah dulu saya anggap tarbiyah ini hanya boleh disampaikan melalui tulisan haraki ataupun program tarbiyah.

Saya SILAP.

Bukan begitu. Saya mula mencari dan memahami. Tarbiyah ini tak mengenal tempat, masa, dan sesiapa sahaja. Maha Suci Allah, Dia boleh mendidik kita bila-bila masa sahaja. Selagimana kita bernafas, tarbiyah takkan pernah berhenti. Ketika menghadiri pengajian di Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar hati saya bagai tersentuh melihat wajah-wajah bergaris jelas menghadiri kuliah. Bagaikan sudah tercatat mereka bakal berhadapan dengan pengakhiran yang baik. Dilihat pula wajah anak-anak kecil bermain-main di taman syurga ini. Subhanallah, mereka sudah dididik dengan baik semenjak dari kecil, pasti kelak bakal menjadi sosok yang dikagumi.

Konklusinya, tarbiyah itu bermula apabila kita mula menghubungkan hati kita dengan Sang Khaliq. Tiada yang terjadi di sekeliling kita dengan sia-sia.