Posts

Showing posts from May, 2011

KEMBARA: SYAITAN kejutkan DIA untuk solat SUBUH.

Image
Diriwayatkan bahawa pada suatu pagi Syeikh Abdul Kadir Jailani hampir-hampir terluput waktu untuk solat subuh. Tiba-tiba seekor kucing datang ke sisi beliau yang sedang nyenyak tidur itu lalu menggesel-geselkan badannya sehingga Syeikh Abdul Kadir Jailani pun terjaga dari tidurnya. Menyedari beliau telah kesuntukan masa, bersegeralah beliau mengerjakan solat subuh pagi itu.

Apabila selesai sahaja beliau bersolat, beliau pun memandang kepada kucing yang menggerakkannya daripada tidur tadi itu. Dengan kekuatan mata batinnya, beliau dapat mengenali bahawa kucing itu sebenarnya syaitan. Hal ini menjadi tanda tanya kepadanya kerana sebagai syaitan mengapa sanggup menggerakkannya untuk mengerjakan solat?
Beliau pun bertanya:"Aku kenal kamu adalah syaitan, tetapi mengapa kamu membangunkan aku supaya bersolat subuh?"
Kucing itu menjawab:"Kamu adalah seorang yang terkenal taat dan bijak seperti mana yang rakan-rakan syaitanku memberitahuku. Oleh kerana engkau telah mengenali diriku…

INSAF: JASADKU seringkali membuat maksiat kepada ALLAH.

Image
1)Menjaga Mata;Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain.




2)Menjaga Telinga;
Menjaga telinga daripada mendengar perkara bida'ah, perkataan-perkataan yang jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban / kejahatan orang lain.



Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa)dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat."


3)Menjaga lidah; 
Lidah adalah anggota yang paling berkesan keatas diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban kedalam api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka.




Rasulullah S.A.W. bersabda :"Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab per…

KEMBARA SIRAH: Kamu kenal NUAIMAN AL-ANSARY? RASULULLAH tersenyum kerananya..jom KENALINYA.

Image
Pada zaman Nabi Muhammad SAW ada seorang pelawak bernama Nuaiman Al- Ansary. Nabi sangat sayang kepadanya kerana telatahnya yang lucu serta menghiburkan. Selain dari berbakat sebagai pelawak, Nuaiman juga seorang pahlawan yang pernah ikut serta dalam Peperangan Badar.
Pada suatu hari datang seorang lelaki menunggang seekor unta hendak berjumpa dengan Rasullullah SAW. Unta itu ditambatkannya di luar masjid. Sedang lelaki itu asyik berbual dengan Rasullullah SAW maka pelawak Nuaiman pun datang. Dan seperti biasa Nuaiman sentiasa menjadi perhatian orang ramai kerana telatahnya yang melucukan. Nuaiman tertarik melihat unta itu lalu orang ramai yang berada di luar masjid mengapi-apikannya.
“ Wahai Nuaiman, engkau adalah pelawak kesayangan Rasullullah saw. Cuba engkau sembelih unta itu dan nabi pasti akan membayar ganti ruginya,” kata orang ramai. Maka dengan segala kelucuannya Nuaiman menyahut cabaran itu lalu menyembelih unta tersebut. Dagingnya dibahagikannya kepada orang ramai yang berada…

KEMBARA: SURAT CINTA dari AL-QURAN..

Image
Bismillahirrahmanirrahim..
Waktu engkau masih kanak-kanak Kau laksana kawan sejatiku Dengan wudu’, aku kau sentuh Dalam keadaan suci, aku kau pegang Aku, kau junjung dan kau pelajari Aku kau baca dengan suara lirih Ataupun keras setiap hari Setelah selesai engkaumenciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa Nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku Apakah aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah? Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan Yang tidak menambah pengetahuanmu Atau, menurutmu aku hanya untuk Anak kecilyang belajar mengaji

Sekarang aku tersimpan rapi sekali Sehingga kau terlupa di mana aku tersimpan Aku sudah kau anggap sebagai pengisi setormu Kadangkala aku dijadikan mas kahwin Agar engkau dianggap bertaqwa Atau aku kau buat penangkai Untuk menakuti iblis dan syaitan

Kini aku lebih banyak tersingkir Dibiarkan dalam kesendirian Kesepian Di dalam almari, di dalam laci Aku engkau pendamkan
Dulu..pagi-pagi.. Surah-surah yang ada padaku Engkau baca beberapa halaman Di waktu petang Aku kau baca beramai-ramai…

KISAH TELADAN: PELACUR melahirkan 7 orang NABI.

Image
Al-Hasan meriwayatkan, bahawa dahulu ada seorang pelacur yang sangat cantik jelita. Dia tidak mahu melayani orang yang datang kecuali jika dibayar sebanyak seratus dinar.

    Secara kebetulan pada suatu hari ada seorang ahli ibadah yang melihat wajah pelacur cantik itu sehingga membuatkan ahli ibadah itu tertarik dan jatuh cinta kepadanya. 


Kerana lelaki ahli ibadah itu mengetahui, bahawa untuk dapat dilayani oleh pelacur cantik itu orang harus memberinya wang sebanyak seratus dinar, maka lelaki ahli ibadah itu akhirnya pergi mencari pekerjaan untuk mengumpulkan wang sebanyak itu. 

Setelah wang sebanyak seratus dinar itu dapat dikumpulkan, dia pun pergi menemui pelacur cantik itu serta berkata kepadanya: “Kecantikanmu telah membuatkan aku benar-benar tergoda, oleh kerana itu, aku telah berusaha sedaya upayaku untuk mendapatkan wang seratus dinar sebagaimana yang engkau kehendaki itu.”
Wanita pelacur itu berkata: “Silakan masuk ke rumahku.”
    Dengan tidak berfikir panjang, ahli ibadah it…

KEMBARA: PERCAYALAH..KAMU LEBIH BAIK sekiranya kamu BERSYUKUR.

Image
*Jika kamu miskin, masih ada yang lebih miskin daripada kamu.



*Jika kamu sakit, masih ada orang yang sakit teruk daripada kamu.


*Jika kamu bodoh, masih ada orang yang lebih bodoh daripada kamu.


*Jika kamu buruk, masih ada orang yang lebih buruk daripada kamu.



*Jika kamu hodoh, masih ada orang lebih hodoh daripada kamu.



*Jika kamu kaya, masih ada orang yang lebih kaya daripada kamu.



*Jika kamu kuat, masih ada orang yang lebih kuat daripada kamu.