Saturday 16 September 2017

SHAKLEE menjadi pilihan untuk hidup yang lebih sihat.

Assalamualaikum.

Kak Su dah lama sangat bercoooti dengan dunia blog..(bajet ada orang baca..keh keh)

Kak Su memilih untuk menjadikan Shaklee sebagai suplemen untuk hidup yang lebih sihat.

Kenapa Kak Su memilih Shaklee?

Kak Su seorang BF Mum, mempunyai masalah berat badan. sedikit sahaja terlebih hokay..(keh keh..masih malu nak mengaku)

Kak Su bertekad nak dapatkan berat badan ideal tanpa mengabaikan khasiat EBM kepada anakanda Aisyah. Maka dengan sukacitanya Kak Su memilih Shaklee.

KENAPA TETIBE NAK KAWAL BERAT BADAN NI??

Sebenarnya, semasa Kak Su mengandungkan Aisyah Kak Su mengalami GDM (istilah diabetes untuk preggy mom). Kak Su suka baca sharing sahabat fb Kak Su, Master Ain. Penuh dengan ilmu. Sampai satu hari, Master Ain share simptom Diabetes a.k.a Kencing Manis. Kak Su perasan, ada beberapa ciri pada Kak Su. That's why Kak Su memilih Shaklee.

Pilih semasa sihat, bukan semasa sakit.
Suplemen bukan ubat, ikhtiar untuk hidup yang lebih sihat.

Jom sihat & cantik dengan Kak Su.

Kak Su,
SID SHAKLEE

Thursday 28 June 2012

::Kisah Cinta Hamba::

Bismillahirrahmanirrahim.
Hamdan wa syukran lillah.
Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah..sangat baik terhadap hamba-hambaNya.
Selawat dan Salam Kerinduan buat Rasulullah s.a.w.
Moga kerinduan ini makin MENINGKAT..dan terus MENINGKAT..tidak berkurang.


C.I.N.T.A.


Setiap yang bernama hamba pasti punyai KISAH CINTA. ada yang hampir sama, ada juga yang jauh berbeza.
Hakikatnya, setiap hamba pasti pernah mengenal apa itu erti cinta.


Sejenak saya terfikir.


Perkahwinan tidak mengenal siapa, di mana, bila, kenapa.. pelbagai cara membawa kepada SEBUAH PERKAHWINAN.


Ada yang memilih untuk berpacaran dahulu dalam tempoh 2-3 tahun..5 tahun..10 tahun.
Ada juga yang menggunakan khidmat 'orang tengah'.
Ada juga yang meminati secara diam, setelah ada kekuatan barulah dinyatakan hasrat hati.
Ada juga sekali pandang, terus diajukan kepada wali si dara.
Ada juga yang disatukan oleh aturan dari keluarga.
dan macam-macam lagi..


Konklusinya, pelbagai cara boleh membawa kepada sebuah BAHTERA PERKAHWINAN.




Persoalannya, yang mana satu pilihan kita?


Bercakap di atas tiket seorang hamba, ayuh sama-sama kita memilih jalan yang mendekatkan diri kepada PENCIPTA kita.

Saturday 3 March 2012

.:SABAR ADA 3 JENIS:.

Bismillahirrahmanirrahim. Hamdan wa syukran lillah.
Sabar.
Kita seringkali mendengar ungkapan ini.
Bahkan mungkin juga kerapkali kita lafazkan pada orang di sekeliling kita.
TAHUKAH anda terdapat 3 jenis SABAR.
Ibnu Qoyyim Aljauzi dalam kitab Madarijus Salikin mengatakan, " Sabar adalah menahan jiwa daripada berkeluh kesah dan marah, menahan lisan dari mengeluh, serta menahan anggota badan dari berbuat tashwisy (yang tidak lurus). Sabar ada 3 jenis, sabar dalam berbuat ketaatan kepada Allah, sabar dari melakukan maksiat, dan sabar tehadap ujian Allah."

Saya teringat pada soalan abah ketika saya dan kakak sedang menonton televisyen pada waktu semester baru-baru ini. "Antara 3 jenis sabar, yang mana satu paling berat?(sabar menghadapi ujian, sabar daripada melakukan maksita dan sabar untuk taat)". Kakak dengan pantas menjawab, "Sabar menghadapi ujian!". Saya terdiam dan berfikir. Jawapan saya, "Sabar untuk taat.." Lalu abah menerangkan, "Sabar untuk taat adalah yang paling berat."

Kedengaran seperti kurang logik. Pandangan peribadi saya, sabar untuk taat adalah kesabaran yang paling berat. Kenapa? Cuba fikirkan. Sabar untuk taat bererti kita mentaati segala perintah Allah dengan melawan MUSUH UTAMA, iaitu nafsu dan syaitan. Ketaatan yang sempurna, kita taat dengan penuh penghayatan. Solat yang khusyuk, puasa yang penuh keinsafan, zikir yang berpanjangan, munajat di sepertiga malam yang diiringi rasa takut dan pengharapan. Kita tahu hukum-hukum dalam Islam. Wajib, sunat, harus, makruh dan haram. TAHU tapi tidak bermakna kita BUAT semuanya. Alangkah susahnya untuk taat..

Allah, andai mampu memberi ketaatan sebegini rupa, pasti 24jam hidup kita terisi dengan ingatan pada Allah.

Sabar daripada melakukan maksiat. Alhamdulillah, hingga sekarang dapat kita lihat rata-rata masyarakat kita masih menilai yang buruk itu salah, dan yang baik itu betul. Sebagai contoh, meragut, perbuatan zina, membunuh dan lain-lain. Secara tidak langsung, maksiat berlaku dikalangan golongan minoriti bukan majoriti.

Sabar menghadapi ujian. Setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Sabar ataupun tidak, ujian itu tetap berlaku..cuma dapat kita lihat tahap perbezaan kesabaran. Cuba bayangkan, seorang isteri yang kematian suami. Ada yang meraung, menangis, pitam, pengsan. Ada juga yang mengalir air matanya tanpa suara. Ada juga yang tidak menzahirkan air matanya. Selepas kematian suami, si isteri tetap meneruskan hidup seperti biasa. Ada yang mencari pengganti. Ada yang membesarkan anak-anak dengan hasil titik peluh sendiri. Lazimnya, manusia akan merelakan hatinya apabila ditimpa musibah. 

Demikianlah perbezaan antara 3 jenis sabar. Moga saya dan anda semua diluruskan hati untuk sabar dalam memberi sepenuh ketaatan kepada Allah. "Ya Allah, sabarkanlah hati kami dalam mencari redhaMu. Hapuskanlah segala rasa jemu dalam beribadah kepadaMu. Kurniakanlah kami kenikmatan dalam menjejak cintaMu..amin"

Saturday 7 January 2012

Dia, seorang yang baik..mayatnya menjadi keldai. KITA?

"Dalam terik panas mentari yang memancar menyinari tanah Baitul Haram, seorang ulama zuhud yang bernama Muhammad Abdullah al-Mubarak keluar dari rumahnya untuk menunaikan ibadah haji. Di sana dia leka melihat seorang pemuda yang asyik membaca selawat dalam keadaan ihram. Malah di Padang Arafah dan di Mina pemuda tersebut hanya membasahkan lidahnya dengan selawat ke atas Nabi. "Hai saudara," tegur Abdullah kepada pemuda tersebut. "Setiap tempat ada bacaannya tersendiri. Kenapa saudara tidak membanyakkan doa dan solat sedangkan itu yang lebih dituntut? Saya lihat saudara asyik membaca selawat saja." 

"Saya ada alasan tersendiri," jawab pemuda itu. "Saya meninggalkan Khurasan, tanahair saya untuk menunaikan haji bersama ayah saya. Apabila kami sampai di Kufah, tiba-tiba ayah saya sakit kuat. Dia telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan saya sendiri. Dengan kain sarung yang ada, saya tutup mukanya. Malangnya, apabila saya membuka semula kain tersebut, rupa ayah saya telah bertukar menjadi keldai. Saya malu. Bagaimana saya mahu memberitahu orang tentang kematian ayah saya sedangkan wajahnya begitu hodoh sekali? 




"Saya terduduk di sisi mayat ayah saya dalam keadaan kebingungan. Akhirnya saya tertidur dan bermimpi. Dalam mimpi itu saya melihat seorang pemuda yang tampan dan baik akhlaknya. Pemuda itu memakai tutup muka. Dia lantas membuka penutup mukanya apabila melihat saya dan berkata, "Mengapa kamu susah hati dengan apa yang telah berlaku?" "Maka saya menjawab, "Bagaimana saya tidak susah hati sedangkan dialah orang yang paling saya sayangi?" 

"Pemuda itu pun mendekati ayah saya dan mengusap wajahnya sehingga ayah saya berubah wajahnya menjadi seperti sediakala. Saya segera mendekati ayah dan melihat ada cahaya dari wajahnya seperti bulan yang baru terbit pada malam bulan purnama. "Engkau siapa?" tanya saya kepada pemuda yang baik hati itu. "Saya yang terpilih (Muhammad)." "Saya lantas memegang jarinya dan berkata, "Wahai tuan, beritahulah saya, mengapa peristiwa ini boleh terjadi?" 

"Sebenarnya ayahmu seorang pemakan harta riba. Allah telah menetapkan agar orang yang memakan harta riba akan ditukar wajahnya menjadi keldai di dunia dan di akhirat. Allah telah menjatuhkan hukuman itu di dunia dan tidak di akhirat. "Semasa hayatnya juga ayahmu seorang yang istiqamah mengamalkan selawat sebanyak seratus kali sebelum tidur. Maka ketika semua amalan umatku ditontonkan, malaikat telah memberi tahu keadaan ayahmu kepadaku. Aku telah memohon kepada Allah agar Dia mengizinkan aku memberi syafaat kepada ayahmu. Dan inilah aku datang untuk memulihkan semula keadaan ayahmu."



p/s: Kisah ini telah diceritakan oleh Ust. Yusof di dalam program NUR MAHABBAH di UiTM KEDAH. saya kongsikan untuk manfaat semua. Saya ingin mengajak diri saya dan anda semua untuk sama-sama kita renungkan kisah ini. Ayah beliau dikenali seorang yang baik akhlaknya, tetapi berubah menjadi keldai di atas dosa memakan riba..bagaimana dengan kita di akhir zaman ini..entah berapa banyak dosa yang kita semua lakukan..sama ada sedar atau tidak..ayuh kita kembali kepada Allah. Dia Maha Pengampun..Allahumma Solli ala Sayyidina Muhammad.

Thursday 29 December 2011

Hukum TENGOK WAYANG



Bismillahirrahmanirrahim..hamdan wa syukran lillah.
Sehingga ke saat ini..saya dan kamu masih diberikan kesempatan utk menghembuskan nafas..
nafas yang kadang kala terasa ringan..adakala berat untuk dihembuskan.
itulah kita hamba kepada Sang Pencipta..
ada waktu iman bertambah dan berkurang..


Kali ini saya cukup berminat untuk berkongsi dengan anda semua mengenai tajuk di atas.
HUKUM MENONTON WAYANG. di saat teman sekeliling saya bagai disapa demam 'OMBAK RINDU'..


Semenjak di bangku sekolah rendah hingga menengah..ditambah dengan perbincangan dengan sahabat2 sealiran fikrah..saya berpegang bahawa hukum menonton wayang adalah haram..bila ditanya mengapa HARAM, saya cuba kaitkan dengan keadaan di dalam panggung wayang itu sendri yang semestinya tiada pengasingan tempat antara lelaki dan perempuan. mungkin jawapan ini tidak kukuh. terutama bagi anak remaja zaman kini..GENERASI Y..


Pegangan saya berubah apabila saya terjumpa ini


Dr. Yusuf al-Qardhawi menyatakan:
"Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan dan hiburan, maka hal ehwal setiap alat ini dilihat sama ada ianya digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah ke atasnya. Maka hukum aktivitinya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya"


Dengan itu kami berpendapat bahawa panggung wayang adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan menuntut agar mematuhi syarat yang berikut:



  • Tajuk dan jalan cerita tak bertentangan dengan akidah, syariah mahupun akhlak Islamiah.




  • Tidak melalaikan daripada kewajipan seperti solat dsb.




  • Tidak bergaul lelaki dan perempuan bukan mahrah, tidak dalam keadaan syubhah (meragukan) dan perkara-perkara yang boleh mendatangkan fitnah.



Maka, hukum menonton wayang adalah harus. Tetapi boleh berubah menjadi HARAM sekiranya melanggar syarat-syarat yang ditetapkan seperti di atas.


p/s: sekiranya anda berkeinginan untuk MENONTON WAYANG, silakan. Pastikan 3 SYARAT di atas dipatuhi. Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada saya dan anda semua.


SHAKLEE menjadi pilihan untuk hidup yang lebih sihat.

Assalamualaikum. Kak Su dah lama sangat bercoooti dengan dunia blog..(bajet ada orang baca..keh keh) Kak Su memilih untuk menjadikan Sha...