ZIKIR HATIKU DAN KAMU

Friday, 28 October 2011

Mengejar Cinta PEMILIK ARASY?



Bismillahirahmanirrahim..
apa khabar IMAN ku dan IMAN mu?
moga kita sentiasa ditetapkan IMAN.
saya cukup tertarik dengan artikel ini.
MENGEJAR CINTA PEMILIK ARASY.
Membaca tajuknya sahaja, hati saya terasa bagai dihempap.
Allah.
Pendustakah saya?
Saya sering melafazkan, saya cinta Allah.
tapi, hakikatnya banyak hakNya saya abaikan.
di sini saya ringkaskan artikel ini.
moga saya dan kamu beroleh manfaat.

"Hamba-Ku adalah dia yang banyak mengerjakan amalan sunat, yang mana dia mengerjakannya sehingga Aku menyintainya. Dan apabila Aku menyintainya, Akulah matanya semasa dia melihat, Akulah telinganya semasa dia mendengar, Akulah tangannya ketika dia memukul. Apabila dia meminta nescaya Aku akan memperkenankannya, apabila dia memohon perlindungannya nescaya Aku akan melindunginya."


1) Mengerjakan solat sunat selepas dan sebelum solat lima waktu
2) Solat sunat Dhuha
3) Berpuasa Isnin dan Khamis setiap minggu, dan jika tidak mampu, tiga hari setiap bulan
4) Solat Witir
5) Solat Tahajjud
6) Wirid setelah solat lima waktu
7) Doa-doa harian


Semoga kita semua sentiasa INGAT,INGAT dan INGAT kepada ALLAH.
Wahai PEMILIK ARASY, cintaMU xkan jemu ku kejar..
meskipun sukar, akanku genggam ia..hingga aku bertemu dgnMu.


source: http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/3840-mengejar-cinta-pemilik-arasy.html

Thursday, 27 October 2011

"Umatku yang paling pemalu adalah 'Uthman" JOM KENALI BELIAU.

Dia adalah 'Uthman bin 'Affan bin Abu al-'Ash bin Umayyah bin 'Abd Syams bin 'Abd Manaf al-Qurasyi al-Umawi.'Uthman mempunyai gelaran sebagai berikut:

  1. Dzun-Nurain(pemilik dua cahaya)
  2. Orang yang dua kali hijrah.
  3. Juru tulis wahyu
  4. Mengorbankan harta di jalan Allah tanpa batas.
  5. Membantu angkatan perang pada masa sulit yang sedang memuncak.
  6. Membeli bahan Rumah untuk disumbangkan kepada umat Islam.
  7. Memperluas bangunan Ka'bah
  8. Menyatukan umat Islam dengan Kitabullah.
  9. Penyabar dan tulus.
  10. Orang yang diberi kabar gembira dengan syurga.
  11. Orang terhormat yang gugur sebagai syahid.

Sabda Rasulullah Saw. tentang 'Utsman.
  
"Aku benar-benar malu terhadap orang yang disegani malaikat."
"Umatku yang paling pemalu adalah 'Utsman."
Ibnu'Abbas berkata,"Jika manusia berkumpul untuk membunuh 'Utsman,sungguh,mereka akan melempari batu dari langit."

 
 
Hukuman di Dunia
 
'Uthman r.a. berkata,"Alangkah baiknya hukuman di dunia,bukan di akhirat."
 
Jangan Tertipu Oleh Kehidupan Dunia
 
'Uthman r.a. berpesan,"Ingatlah,kalian berada di tempat yang terus berubah.Manfaatkanlah sisa umur kalian dengan baik.Bersiaplah menjemput ajal sebaik mungkin.Dan jangan lupa,Kematian pasti datang menjemput pada waktu yang tak terduga.
 
Ketahuilah,dunia ini dibentangkan penuh dengan tipuan.Allah Swt,berfirman,
 
"Maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia ini memperdaya kalian,dan jangan(pula)penipu(syaitan)memperdaya kalian dalam mentaati Allah."(QS.Luqman[31]:33)
 
Belajarlah dari pengalaman generasi sebelum kalian.Bersungguh-sungguhlah dan jangan melupakan agar kalian tidak dilupakan.Di mana para penghuni dunia yang memakmurkan dan menikmatinya dalam waktu cukup panjang?
 
Jauhilah dunia ini sebagaimana Allah telah menghamparkannya,dan carilah keuntungan akhirat.Allah telah membuat perumpamaan untuk itu.Allah Swt.berfirman,
 
"Dan berilah perumpamaan kepada mereka(manusia),kehidupan dunia adalah bagai hujan yang Kami turunkan dari langit,maka kerananya menjadi suburlah tumbuh-tumbuhan di muka bumi,kemudian tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering yang diterbangkan angin.Dan Allah MahaKuasa atas segala sesuatu.Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia,tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan."(QS.Al-Kahfi[18]:45-4
6)
 
Jangan Tertipu Oleh Dunia
 
'Utsman r.a. berpesan,"Ketahuilah,dunia itu hijau dan menyenangkan.Banyak orang yang condong kepadanya.Oleh sebab itu,jangan kalian tertipu dan terlalu percaya kepada dunia.Dunia itu tidak dapat dipercaya.Kalian harus tahu,dunia itu tidak akan meninggalkan orang yang meninggalkannya."
 
Menunggu Kematian
 
'Utsman r.a. berpesan,"Saudaraku,sedarlah!Malaikat pencabut nyawa masih membiarkanmu.Ia masih mendahulukan orang lain.Sekarang ia sudah mengarahkan langkahnya untuk mencabut nyawamu.Oleh kerana itu,persiapkan dirimu untuk menghadapinya.Jangan lupa bahawa ia tidak mungkin lupa sedikit pun kepadamu.Saudaraku,ketahuilah!
Jika kamu lalai,belum menyiapkan bekal untuk menghadapinya,orang lain tidak mungkin menyiapkan bekalmu untuk menghadapinya.Ingat!Pertemuan dengan Allah pasti terjadi.Bersiaplah!Jangan serahkan urusanmu kepada orang lian.Semoga kamu selamat."
 
Bertaqwa Merupakan Kemenangan
 
'Utsman r.a. berpesan,"Saudaraku,bertaqwala
h kepada Allah.Bertaqwa itu merupakan kemenangan.Orang yang paling pintar adalah yang menyiapkan diri untuk kehidupan setelah mati;berusaha mendapatkan cahaya Allah untuk menerangi gelapnya kubur.Hendaklah seseorang merasa takut dibangkitkan dalam keadaan buta.
 
Sudah cukup nasihat orang-orang bijak.Ingatlah,orang yang selalu bersama llah,tidak mungkin merasakan takut.Sebaliknya,orang yang meninggalkan Allah,kepada siapa dia kan berharap?"
 
Berbuat Sesuai kemampuan
 
'Utsman r.a. berpesan,"Jangan kalian paksa anak kecil untuk mencari nafkah.Jika kalian tetap memaksa,bila masa nanti mungkin jadi mereka akan mencuri.Jangan kalian bebani budak perempuan yang tidak mempunyai keahlian untuk mencari nafkah.Jika kalian tetap memaksanya untuk berusaha,bila masa nanti mungkin jadi dia akan menjual kehormatannya.Peliharalah diri kalian agar kalian dipelihara Allah.Carilah makanan dengan cara yang baik sesuai kemampuan yang ada."
 
Jambatan Menuju Akhirat
 
'Utsman r.a. berkata,"Allah Swt.memberi kalian dunia agar kalian menjadikannya sebagai jambatan menuju akhirat.Allah tidak menciptakan dunia agar kalian patuh atau tertatik kepadanya.Ingat,dunia ini pasti musnah sementara akhirat pasti kekal.Jangan kalian terpengaruh oleh sesuatu yang segera lenyap.Jangan pula kalian sibuk olehnya sehingga lalai untuk menghadapi yang kekal.Dahulukan sesuatu yang kekal.Dunia itu pasti musnah.Hanya Allah tempat kembali.
 
Bertaqwalah kepada Allah.Taqwa kepada-Nya merupakan benteng yang sangat kukuh untuk menghadapi murka-Nya.Taqwa juga menjadi jambatan menuju-Nya.Bersandarlah kepada Allah dalam menghadapi zaman.Tetaplah jaga silaturrahim dan jangan bercerai-berai .Allah swt berfirman,
 
"Dan ingatlah nikmat llah atas kalian,ketika kalian saling bermusuh-musuhan,lalu Allah mendamaikan antara hati kalian,maka jadilah kalian dengan nikmat itu sebagai orang yang bersaudara."."(QS Ali'Imran[3]
 
Terbukanya Rahsia
 
'Utsman r.a. berkata,"Setiap orang yang menyi,pan satu rahsia.Allah pasti menampakkan rahsia itu melalui wajah dan ucapannya."
 
Menambah Perbekalan
 
'Utsman r.a. berkata,"Orang yang kebaikkannya tidak pernah bertambah bererti dia telah menyiapkan dirinya untuk dijilat api neraka."
 
Amar Makruf Nahi Munkar
 
'Utsman r.a. berpesan,"Sebelum orang jahat menjadi penguasa kalian,serulah penguasa kalian untuk berbuat baik dan laranglah ia untuk berbuat jahat.Kerana ketika orang jahat yang menjadi penguasa kalian ia tidak akan mahu mendengar seruan itu."
 
Hati Yang Bersih
 
'Utsman r.a. berkata,"Jika hati kalian bersih,kalian pasti tidak pernah bosan membaca ayat-yat Allah.Aku hanya mencintai datangnya siang dan malam yang dipenuhi dengan bacaan ayat-ayat-Nya."

Friday, 14 October 2011

Ketahuilah, QADA' itu ada DUA.

Qada dan Qadar: Bagaimana Usaha Hamba?

August 7th, 2008 by admin

Assalamualaikum Warahmatullah.

PENGENALAN
Seorang pengunjung blog ini ada menghubungi saya melalui email beberapa hari yang lalu untuk meminta saya memberikan sedikit perbincangan dan penerangan mengenai qada dan qadar. Qada dan qadar adalah salah satu dari rukun iman yang wajib dipercayai dan diimani oleh setiap orang Islam. Penjelasan mengenai qada dan qadar ini ada dibicarakan di dalam kitab-kitab aqidah dan perbincangannya agak panjang dan adakalanya begitu susah untuk difahami oleh kebanyakkan orang terutamanya bagi sesiapa yang baru menjejakkan kaki dalam perbincangan ilmu aqidah secara mendalam.

Sememangnya perkara aqidah ini memerlukan penjelasan yang sejelas-jelasnya. Para ulama mengatakan bahawa adalah tidak harus sama sekali untuk bertakliq di dalam persoalan aqidah. Saya berharap dengan tulisan ringkas ini akan memberikan kefahaman yang sempurna kepada semua pembaca pada persoalan qada dan qadar ini. InsyaAllah.



ERTI DAN BAHAGIAN QADA DAN QADAR

Qada bermaksud pelaksanaan. Adapun qadar bermaksud sukatan.

Terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Qada Mubram dan Qada Muallaq.

Qada Mubram: Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. (Contoh: Mati pasti akan berlaku).

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.

(Surah al-Anaam: ayat 59).

Qada Muallaq: Adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara. (Contoh: Panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.

(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).


SEMUA PERKARA DI DALAM PENGETAHUAN ALLAH TAALA

Kedua-dua jenis qada di atas ini adalah di dalam pengetahuan Allah Taala.

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.

(Surah al-Anaam: ayat 59).

Segala perbuatan hamba adalah diketahui oleh Allah Taala melalui ilmu-ilmuNya. Hanya ianya terlindung dan tidak diketahui oleh hamba-hambaNya yang lemah. Kerana itulah kita disuruh untuk sentiasa berusaha dan taat kepadaNya kerana kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada kita nanti.

ANTARA BENTUK KETAATAN

Antara bentuk ketaatan adalah dengan berdoa kepada Allah Taala. Dengan berdoalah seseorang hamba itu akan merasakan dirinya lemah dan berhajat atau memerlukan kepada Allah Taala.

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
(Surah al-Baqarah: ayat 186).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Doa merupakan otak kepada ibadat
(Riwayat at-Tarmizi).

SENTIASA BERUSAHA DAN BERDOA

Setelah diketahui bahawa segala usaha dan doa dari hamba akan didengar dan diambil kira oleh Allah Taala maka dengan sebab itulah perlunya seseoarang hamba itu untuk sentiasa berusaha dan berdoa. Namun segala usaha dan doa ini sudah tentulah di dalam kuasa dan ilmu Allah Taala. Kerana itulah ada dinyatakan bahawa manusia hanya berusaha dan berdoa tetapi Allah Taala jualah yang menentukannya. Disebabkan manusia tidak mengetahui qada dan qadarnyalah maka manusia perlu kepada usaha dan doa.

Firman Allah Taala bermaksud:

Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
(Surah ar-Rad: ayat 11).

KONSEP QADA DAN QADAR

Keperluan kepada konsep qada dan qadar di dalam Islam adalah:

- Menisbahkan kepada Allah Taala di atas segala yang berlaku di dunia ini.
- Beriman bahawa hanya Allah Taala yang memiliki kuasa mutlak menentukan urusan di dunia ini.
- Menyedarkan bahawa manusia itu lemah dan perlu kepada bantuan Allah Taala.
- Hikmah qada dan qadar disembunyikan dari pengetahuan hamba adalah supaya seseorang hamba itu sentiasa berusaha dan taat kepadaNya.

PERINGATAN

Peringatan daripada dalil hadis di bawah ini dapat mengingatkan kepada kita tentang bahayanya mempersoalkan dan memanjang-manjangkan perbincangan mengenai qada dan qadar ini tanpa sebab tertentu. Sebab itulah kebanyakkan para tok guru kita cuba mengelakkan diri dari berbicara mengenai qada dan qadar ini secara panjang lebar terutamanya kepada masyarakat awam.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila disebut tentang qadar maka diamlah…

(Riwayat Tabrani dan Abu Nuaim).

PENUTUP

Sebagai umat Islam yang beriman adalah kita diwajibkan mempercayai dan mengimani qada dan qadar. Segala yang berlaku adalah dari Allah Taala semuanya. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa akan tetapi Allah Taala jualah yang Maha Berkuasa yang menuntukan segala sesuatu itu. Saya ingin sarankan agar kita semua dapat mempelajari ilmu aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah dengan lebih mendalam dan terperinci.

‘Memberi dan Berbakti’

Wallahualam.

Penulis : Ustaz Buluh IluvIslam
source: http://jomfaham.blogspot.com/2009/03/persoalan-taqdir.html

Sunday, 9 October 2011

I Believe in YOU, Allah ~beautiful song~


video

I Believe 


When you're searching for the light 
And you see no hope in sight 
Be sure and have no doubt 
He's always close to you 


He's the one who knows you best 
He knows what's in your heart 
You'll find your peace at last 
If you just have faith in Him 


You're always in my heart and mind 
Your name is mentioned every day 
I'll follow you no matter what 
My biggest wish is to see you one day 


Chorus: 
I believe I believe 
Do you believe, oh do you believe? 


Coz I believe 
In a man who used to be 
So full of love and harmony 
He fought for peace and liberty 
And never would he hurt anything 
He was a mercy for mankind 
A teacher till the end of time 
No creature could be compared to him 
So full of light and blessings 


You're always in my heart and mind 
Your name is mentioned every day 
I'll follow you no matter what 
If God wills we'll meet one day 


Chorus 


If you lose your way 
Believe in a better day 
Trials will come 
But surely they will fade away 
If you just believe 
What is plain to see 
Just open your heart 
And let His love flow through 


I believe I believe, I believe I believe 
And now I feel my heart is at peace 


Chorus 
I believe I believe, I believe I believe


------------------- 
Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki 
Melody: Irfan Makki & Maher Zain 
Arrangement: Maher Zain 
Video Directed by: Lena Khan
source: http://www.murabbi.net/articles.php?article_id=622

Friday, 7 October 2011

Bagaimana kamu MENGUAP dan BERSIN?

Drpd Abu Hurairah r.a. bhwsanya baginda Rasulullah SAW bersabda (bermaksud); 


Ssungguhnya Allah swt suka org yg bersin, dn mmbenci org yg menguap.


Maka apabila sseorg kamu bersin, lalu dia mngucapkn "ALHAMDULILLAH" (segala puji bg 


Allah), maka adalah hak atas setiap Muslim yg mndgrnya pula mngucapkn 


"YARHAMUKALLAH" (moga2 Allah merahmati kamu).



Adapun mnguap itu adalah drpd syaitan.



Maka apabila sseorg kamu mnguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu krn 


ssungguhnya apabila sseorg kamu mnguap, syaitan akan mntertawaknnya - Hadith Riwayat 


Bukhari.


Drpd Abu Said Al-Khudri r.a., katanya; Telah bersabda Rasulullah SAW yg bermaksud;

Apabila sseorg kamu mnguap, hendaklah dia meletakkan tgnnya pd mulutnya, krn 



ssungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yg terbuka) - Riwayat Imam Muslim.

Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya;

Ssungguhnya Allah suka kpd org2 yg bersin, dn mmbenci org2 yg mnguap.

Maka apabila ssorg kamu mnguap, jgn smpai berbunyi, krn yg demikian itu drpd syaitan yg 


mntertawaknmu - Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad & At-Tirmidzi.

Drpd Abdullah bin Az Zubair r.a. katanya, telah bersabda Rasulullah SAW yg bermaksud;

Ssungguhnya Allah SWT mmbenci sesiapa yg mngangkat suara ketika menguap & bersin - 



Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad & At-Tirmidzi.

Pengajaran drpd maksud Hadith, antara adab2 MENGUAP & BERSIN :-

~ Berusaha menahan mnguap sekadar termampu terutama ketika solat.

~ Meletakkan tgn di atas mulut utk menahan mnguap sama ada didalam atau diluar solat.

~ Makruh mngeluarkn suara dn mengangkat bunyi (bunyi yg kuat) ketika mnguap atau 



bersin.

~ Sunat ketika bersin mngucapkn Alhamdulillah, dn org yg mndgrnya pula mngucapkn 



Yarhamukallah.

~ Sunat mngucapkn Astaghfirullah selepas mnguap.

 :: Petikan dikongsikn dr kelas fardhu ain, pimpinan Ustaz Khairil Azhar Samsudin, Surau Ar 



Rahman, Tmn Temara Ipoh.

BERILMU, FAHAMI, MOGA DIPERMUDAHKN UTK BERAMAL... Insyaallah.


source: http://www.facebook.com/groups/AKUBENCIDEDAHAURAT/doc/218787758184794/

Thursday, 6 October 2011

Subhanallah, aku jatuh cinta.




Mengapa ku bercinta dengan kehidupan yang sebentar

Mengapa hati ini terpaut pada insan yang diciptakan

Sedangkan perjuangan merebut cinta tuhan

Lebih suci dan utama

Terkorban diabaikan

Mengapa ku bercanda dengan badai perasaan

Sehingga bercemamai keimanan ku gadaikan

Sedangkan nun di sana perjuangan 

memerlukan pengorbanan perwira dan serikandi yang sedar

Begitulah bahananya cinta pada dunia

memunahkan cinta hakiki Ilahi

memberi kekecewaan


di hati sanubari

Berapa ramai insan mendamba pada dunia

keremajaannya di pandu angan2 palsu

terpesona jiwanya

dan terpudarlah imannya

perjudian angkara perasaan yang inginkan perhatian

O tuhanku ku rafa'kan

kehadratmu pengharapan

pimpinlah hambamu ini

agar tidak terpedaya lagi

BAHASA CINTA, AL-WADI.

jatuh cinta dengan lagu ini..terima kasih buat housemate tersayang. 

Tuesday, 4 October 2011

Islam itu INDAH, begitu juga dengan UNDANG-UNDANGnya.



Bismillahirrahmanirahim.

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w.
Hati saya seolah-olah terpanggil untuk berkongsi sedikit pengetahuan.
Hati saya sangat terpegun pada cantiknya undang-undang Allah ini dan kecantikan ini ingin saya kongsikan dengan anda semua..agar anda juga merasai keindahan Allah.

sebelum anda membaca secara detail, suka utk saya ringkaskan bgi mudahkan pemahaman anda.Hukum Hudud:
  • Zina
  • Qazaf
  • Minum arak
  • Mencuri
  • Merompak
  • Murtad
Qisas:
  • Membunuh
  • Mencederakan orang lain
Ta'zir:
  • selain daripada kesalahan di atas.
hanya ini KESALAHAN yang ALLAH perintahkan untuk kita akur pada hukumanNya. selain daripada kesalahan di atas pemimpin bebas utk menggubal undang2 yang sesuai. moga Allah bukakan hati kita untuk menerimanya bagi kebaikan kita bersama. menerima bukan bermaksud melaksanakan sekarang, menerima bermaksud kita akur ia adalah undang-undang yang terbaik.

Huraian dengan lebih terperinci...
A.  HUKUM HUDUD
 1.      Pengertian Hudud;

(a) Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau menceg├áh.

(b) Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.

 Maksudnya;
“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”


 2.Jenis-jenis Hukum Hudud dan hukumannya.






(a) Zina;
 Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
 (b) Qazaf (menuduh zina);
        Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
Hukuman : sebat 80 kali
(c)  Minum arak;
       Meminum minuman yang memabukkan  dan  boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman : sebat 40 kali
 (d)  Mencuri;
       Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
       Hukuman : potong tangan
 (e) Merompak;

      Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.
      Hukuman :
        sekiranya membunuh hendaklah dibunuh
sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong  tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.
sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara

(f) Riddah (murtad);
     Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali )
            # Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @  wang.

B. HUKUM QISAS


1. Pengertian qisas;

(a) Dan segi bahasa qisas bermaksud memotong.

(b) Dan segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas A1-Quran dan Hadis-hadis Nabi saw. kerana kesalahan­-kesalahan yang melibatkan hak individu.


2.   Jenis jenayah qisas;
      Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata, hidung dan telinga.

 3.   Hukuman terhadap kesalahan qisas;
       Mengikut hukum qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.
 Maksudnya;
“Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya”             (Surah al-Maidah ayat 45)

C. HUKUM TA’ZIR

       1. Pengertian ta’zir.

      (a) Dan segi bahasa ta’zir bererti menolak atau menghalang.

(b) Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.





2.      Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategoni ta’zir;

     (a)     Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas.

(b)     Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.

(c)      Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat, menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.

      3. Hukuman bagi kesalahan ta’zir.
     
         (a)  Nasihat;
              Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa akan datang.

 (b)  Teguran;
                Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha untuk memperbaiki dirinya.

 (c)   Ancaman;
               Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman.

 (d) Pemulauan;
               Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersempit sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat.

 (e)  Perisytiharan umum;
              Membuat pengisytiharan kepada umum terhadapkesalahan penjenayah. Dengannya penjenayah berasa tertekan dan malu yang amat sangat.

            (f)  Denda dan merampas harta;
                   Iaitu hukuman ta ‘zir dengan denda berbentuk kewangan dan merampas harta yang dimiliki oieh penjenayah.

            (g)  Penjara;
                   Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut   pertimbangan realiti smasa.

          (h)  Sebat;
                   Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu mengikut realiti semasa.

           (i)   Bunuh;
                  Hukuman bunuh bagi kesalahan ta’zir dibenarkan oleh syarak bagi menjaga kemaslahatan umum masyarakat.

          (j)   Buang daerah;
                 Hukuman ini dikenakan supaya penjenayah berasa tertekan, mengalami kesusahan dan tersisih akibat dipisahkan dari kaum keluarga dan sahabat handai.

Matlamat  Hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir

       (a) untuk melindung masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum ia berlaku.
 (b) untuk memperbaiki penjenayah dan membetulkan penyelewengan. Ini dapat dilihat daripada kesan yang ditinggalkan oleh hukuman ke atas penjenayah yang memberi pengajaran, memperbaiki dan menghalang seseorang daripada melakukan jenayah.
      (c) untuk membersih dosa penjenayah dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.