ZIKIR HATIKU DAN KAMU

Monday, 21 November 2011

Syukur atas syukur..Taubat atas taubat.

Sunday, 13 November 2011

Allah menyembunyikan 4 perkara dalam 4 perkara

Saidina Umar berkata, “Sesungguhnya Allah menyembunyikan 4 perkara dalam 4 perkara:


1. Allah menyembunyikan KEREDHAAN dalam BERIBADAT
  • jangan remehkan ibadah walau sekecil manapun ibadah tersebut
  •  Kisah perempuan jahat/pelacur menolong anjing yang kehausan, turun dalam perigi dan menggunakan kasutnya untuk mengambil air dan memberi minum kepada anjing tersebut.


2)      2. Allah sembunyikan KEMURKAAN pada suatu MAKSIAT 
  •     Jangan buat MAKSIAT walau sekecil manapun maksiat tu.


3.  
3.  3. Allah sembunyikan MUSTAJABNYA DOA pada WAKTU-WAKTU TERTENTU 
  •     jika mahu berdoa, jangan tangguhkan, BERDOALAH tanpa mengira waktu kerana kita tidak tahu pada waktu mana doa kita DIMAKBULKAN. Berdoalah dengan penuh PENGHARAPAN.


4.   4. Allah sembunyikan para WALINYA di kalangan para HAMBANYA 
  •     supaya kita menghormati semua manusia. Kisah Uwaisy Al-Qarni, pemuda yang tidak dikenali di dunia tetapi menjadi sebutan di langit."
  •      Dipetik daripada Kuliah Ust Ismail Kamus, moga Allah memberkahi kehidupan beliau di dunia dan di akhirat di ats curahan ilmu beliau.



Thursday, 3 November 2011

Doa Menjadi Hamba Allah yang bersyukur.

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah.


Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.


Akhir-akhir ini saya menghadapi beberapa situasi genting.


Fitrah manusia, apabila dilanda kesusahan baru ingat pada Allah.


Namun, ada KEMANISAN disitu.


Seratus peratus pergantungan pada Allah..MEMBAWA kepada..seratus peratus bantuan daripada Allah. Segala urusan menjadi MUDAH.


Ada ketika, kita akan merasakan kita tidak layak mendapat bantuan tersebut dek kealpaan kita.


Ada ketika, kita merasakan kita sering membuat kesilapan..ulang..dan ulang kesilapan yang sama dan membuatkan kita tersipu malu utk meminta padaNya lagi.


Jangan begitu.


Dia xpernah menghampakan kita.


Semakin kita minta padaNya, semakin Dia dekat pada kita.


Ayuh kita jadi hamba Allah yang bersyukur. 


Lihatlah tanda kasihNya Dia pada kita. Untuk bersyukur sekalipun, diajarkan doa kpd kita.


Subhanallah. Alhamdulillah. Lailahaillallah. Allahuakbar.


Doa yang diajarkan oleh Allah supaya menjadi hamba yang bersyukur:



”Ya Tuhanku, tunjuklah aku untuk mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal soleh yang Engkau redhai, berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” 
(Al Ahqaf:15)