Posts

Showing posts from 2012

..:Tenggelam Timbul:..

Image
T.E.R.U.K
Aku teruk..
Aku terlalu banyak menderhaka..
Aku malu untuk menadah tangan memohon ampunan Allah..
Aku tidak layak menerima nikmat Allah.


T.A.U.B.AT
Aku bertaubat..
Aku tetap juga membuat dosa..
Aku bertaubat lagi..
Aku ulangi lagi dosa..
Aku tidak layak menerima ampunan Allah.


H.I.D.A.Y.AH
Aku terkenang saat aku tenggelam dlm kemanisan iman..
Terasa hidup sangat bermakna..
Setiap saat hidupku terisi..
Ingatanku pada Allah, cukup kuat..
Mengujakan.


B.E.R.F.I.K.I.R
Tenggelam timbul iman.
Aku mula mencari hikmah.
Aku mencari gali akar umbi keresahan.
Yakin! Kemarau hati ini takkan berpanjangan.
Berprinsipkan "tiada yang berlaku secara sia-sia".
Hati tersenyum.


H.I.K.M.A.H
Allah.
Maha Suci Engkau di atas pinjaman nafas ini.
Ujian ini, meskipun cukup menyakitkan.
Pedih.
Aku semakin mengerti.
Setiap yang kukuh pasti ada runtuhnya.
Setiap yang segar pasti akan ada layunya.
Tembok yang dibina selama ini rupanya tak seteguh mana.
Masih banyak lompang-lompang yang perlu diisi.
Aku bangkit.


H.A.R.A.P.A.N
Saat-s…

::Kisah Cinta Hamba::

Image
Bismillahirrahmanirrahim.
Hamdan wa syukran lillah.
Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah..sangat baik terhadap hamba-hambaNya.
Selawat dan Salam Kerinduan buat Rasulullah s.a.w.
Moga kerinduan ini makin MENINGKAT..dan terus MENINGKAT..tidak berkurang.


C.I.N.T.A.


Setiap yang bernama hamba pasti punyai KISAH CINTA. ada yang hampir sama, ada juga yang jauh berbeza.
Hakikatnya, setiap hamba pasti pernah mengenal apa itu erti cinta.


Sejenak saya terfikir.


Perkahwinan tidak mengenal siapa, di mana, bila, kenapa.. pelbagai cara membawa kepada SEBUAH PERKAHWINAN.


Ada yang memilih untuk berpacaran dahulu dalam tempoh 2-3 tahun..5 tahun..10 tahun.
Ada juga yang menggunakan khidmat 'orang tengah'.
Ada juga yang meminati secara diam, setelah ada kekuatan barulah dinyatakan hasrat hati.
Ada juga sekali pandang, terus diajukan kepada wali si dara.
Ada juga yang disatukan oleh aturan dari keluarga.
dan macam-macam lagi..


Konklusinya, pelbagai cara boleh membawa kepada sebuah BAHTERA PERKAHWINAN.




Perso…

::Bermimpikah?::

aku impikan diriku
yang sentiasa ghairah bertasbih
mengadu rindu padaNYA
mengasihiNYA sepenuh jiwa raga
mencintaiNYA sekuat hati


aku impikan diriku yang sentiasa mengalirkan air mata
akibat rindunya aku pada penciptaku
akibat malunya aku kerana sering berbuat maksiat
akibat segannya aku kerana sering menipu
kecintaanku padaNYA


aku impikan diriku yang sentiasa bergetar hatinya
pabila nama tuhanku disebut
jantungku berdegup kencang
bila disebut azabNYA
tetapi tenang semula
bila dicerita kasih sayangNYA


aku impikan diriku
yang setiap detik mengingatiNYA
akan nikmatnya yang tidak terhingga
kerana aku tiada apa-apa
dialah yang MAHA PEMBERI


aku impikan diriku
yang sentiasa bertawakal padaNYA
yang maha mengetahui apa yang terbaik buat diriku
maha suci dari menzalimiku
kerana DIA penciptaku
yang penuh dengan kecintaan pada makhluknya yang dhaif
seperti aku...


from: fb cintailah pencipta kita

:: Ada Apa Dengan KENANGAN? ::

Image
Bismillahirrahmanirrahim.
Apa khabar IMAN?
Moga dalam keadaan baik..lebih mengujakan andai ianya sedang bertambah.


Kenangan.
Kita melihat kenangan itu terbahagi kepada 2 jenis.
Kenangan manis vs pahit.
Kenangan baik vs buruk.


Kenangan manis @ kenangan baik seringkali membuat kita tersenyum.
Bahagia.
5A UPSR. 9A PMR. 11A SPM.
Menghabiskan masa bersama keluarga tercinta.
Melancong ke luar negara.


Kenangan pahit @ buruk. Sedaya upaya kita cuba untuk lupakan, apatah lagi untuk mengulanginya lagi.
Ianya menyakitkan.
Jika tidak pada anggota fizikal, ianya pasti memberi kesan pada qalbun.
Gagal dalam peperiksaan yang penting.
Kemalangan yang hampir meragut nyawa.
Dimalukan di tengah khalayak ramai.


NAMUN.
Wahai saudara satu aqidahku, sedarkah kalian?
Kita mendidik jiwa kita untuk hidup untuk hidup.
Bukannya hidup untuk mati.


Bukankah sepatutnya yang menjadi kenangan manis itu adalah
 "di saat kita dapat menitiskan air mata kerana takut pada Allah"
 "hati bergetar ketika nama Allah disebut"
 "…

::Homesick??::

Image
Bismillahirrahmanirrahim.
Hamdan wa syukran lillah.
Hingga ke saat ini, msih bernafas.
Meneruskan sisa-sisa hidup dalam erti kata makna seorang hamba.
Selawat dan salam kerinduan buat junjungan mulia, Rasulullah s.a.w.
Semoga dengan salam ini dapat mengukir satu senyuman di wajah indah Baginda.

Sekian lama berada di universiti, menyibukkan diri dengan urusan akademik dan dakwah kecil saya dilanda penyakit yang sering menjadi ejekan bagi 'budak asrama'.



Homesick.

Ya, saya dilanda homesick.


Terlalu rindukan keluarga tercinta. Rindukan rumah. Rindukan pantai. Rindukan angin. Rindukan semua yang di sana.

Hampir segala urusan saya rasakan cukup berat untuk saya laksanakan. Assignment, test, research, practical report dll. 

Alhamdulillah, kerinduan ini bakal terubat. Sebentar nanti saya akan berangkat pulang ke kampung halaman. Terasa bagai ingin saya khabarkan kepada semua bahawa saya akan pulang. Ingin saya sebarkan perasaan bahagia ini pada seluruh alam.


Inilah fitrah kita sebagai manusia. W…

::Zainab Al-Ghazali..Baiah Menjadi Maharmu::

Image
Perkahwinan pertama Sayyedah Zainab Al Ghazali diakhiri dengan perceraian setelah 2 tahun hidup sebagai suami isteri kerana hala perjuangan tidak sehaluan apabila suami beliau Syekh Muhammad Hafiz Al Sudani (pakar Ilmu Syariah dan Syekh Torikat Al Tijaniyyah) bertegas dengan pendiriannya menghalang Zainab Al Ghazali untuk meneruskan perjuangan menentang Kerajaan Thogut ketika itu.

Perkahwinan kedua beliau dengan Al Hajj Muhammad Salim Salim. Apabila bakal suami beliau bertanya apakah mahar yang dimintanya, beliau menyatakan bahawa mahar yang akan menyempurnakan perkahwinan mereka ialah Bai`ah untuk Mati Fi Sabilillah..bila ditanya bai`ah dengan siapa?..beliau menjawab: 


Al Syahid Hassan Al Banna..apabila tiba masa bai`ah nanti.. maka ketka itu jiwa dan rohku berada dalam genggaman, bukan dimiliki oleh suamiku dan tidak dimiliki oleh aku sendiri..tetapi dimiliki oleh Allah SWT yang kerana Allahlah aku berbai`ah kepada Al Syahid Hassan Al Banna..sekiranya Tuan bersetuju..saya menerima Tua…

::Muhasabah Daie::

Image
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, hamdan wa syukran lillah.


Masih bernafas..hingga ke saat ini.
Walaupun, entah berapa lautan dosa telah terkumpul.
Yang pastinya, banyak sekali.
Allah.

Muhasabah kali ini..


Kita adalah pemuda pemudi dakwah
Kita juga adalah remaja alaf ini


Kita bergerak menyampaikan risalah mulia
Kita juga melakukan dosa


Kita mengajak kepada yang makruf
Kita juga tidak terlepas daripada berbuat yang mungkar


Kita berpegang "Bercouple itu haram"
Kita juga pernah tercuit dengan cinta remaja


Hakikatnya, kita tidak sempurna tetapi kesempurnaan itu menjadi panduan kita.
Moga cinta kepada perjuangan melebihi daripada cinta yang lain.

::Indahnya hidup yang PADAT::

Image
Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah. Hamdan wa syukran lillah.


Subhanallah.


Pada petang Khamis yang hening ini, muncul perasaan rindu untuk mencoret kata-kata di sini.


Terasa seperti agak lama saya biarkan laman ini bersawang dek kesibukan urusan pengajian.


Semester akhir, Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran.


Menjanjikan satu detik manis, perasaan untuk menamatkan pengajian membuak-buak. 


Igauan untuk bekerja semakin rancak menari di legar fikiran.


Kerja vs. Master kerap juga membelenggu jiwa.


Harapan ABAH dan UMI menjadi PEMBAKAR SEMANGAT.


SABAR.


Semester akhir xkan lengkap kalau tidak dihiasi dengan pakej KESIBUKAN dan KEPENATAN MELAMPAU ^_^


Allah.


Kadang-kadang, risau menyinggah. Takut kalau-kalau saya melafazkan kata-kata yang menunjukkan saya tidak REDHA pada ketentuan DIA. Hati-hati wahai diri dan KAMU. Suka saya ingatkan diri saya dengan hadis ini,

Belum dikatakan beriman seseorang itu sehingga dia beriman kepada takdir (ketentuan Allah), baik mahupun buruk. (H.R. Muslim)
Benar, kita pe…

.:SABAR ADA 3 JENIS:.

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Hamdan wa syukran lillah.
Sabar.
Kita seringkali mendengar ungkapan ini.
Bahkan mungkin juga kerapkali kita lafazkan pada orang di sekeliling kita.
TAHUKAH anda terdapat 3 jenis SABAR.
Ibnu Qoyyim Aljauzi dalam kitab Madarijus Salikin mengatakan, " Sabar adalah menahan jiwa daripada berkeluh kesah dan marah, menahan lisan dari mengeluh, serta menahan anggota badan dari berbuat tashwisy (yang tidak lurus). Sabar ada 3 jenis, sabar dalam berbuat ketaatan kepada Allah, sabar dari melakukan maksiat, dan sabar tehadap ujian Allah."

Saya teringat pada soalan abah ketika saya dan kakak sedang menonton televisyen pada waktu semester baru-baru ini. "Antara 3 jenis sabar, yang mana satu paling berat?(sabar menghadapi ujian, sabar daripada melakukan maksita dan sabar untuk taat)". Kakak dengan pantas menjawab, "Sabar menghadapi ujian!". Saya terdiam dan berfikir. Jawapan saya, "Sabar untuk taat.." Lalu abah menerangkan, "Sabar…

Bila berbicara mengenai CINTA.

Image
Pada suatu hari datang seorang pemuda bertemu Imam Syafie mengatakan bahawa dirinya telah jatuh cinta. Imam Syafie dengan tenang menasihati pemuda tersebut “Simpanlah cinta itu dihatimu sehingga Allah menganugerahkanmu jalan untuk engkau alirkan cintamu.”


Bertitik tolak dari nasihat Imam Syafie, maka ku ukir kata sebagai pedoman buat diri…


Cinta itu…
Cinta itu fitrah,
Cinta itu anugerah,
Andai mencintai kerana Allah.


Cinta itu fitrah,
Namun anugerah boleh jadi fitnah, Andai tidak memiliki fikrah.


Berawaslah! 
Bisikan syaitan itu, diikuti mudah,
Supaya tunduk pada nafsu serakah,
Jangan sampai kita kalah,
Hingga segalanya kita serah,
Akhirnya kesal kerana punah.


Justeru, maruahmu peliharakan,
Nuranimu sucikan,
Agar iman yang engkau tanamkan,
Pohon taqwa yang engkau bajakan,
Tidak rosak dimakan syaitan.


Sedarilah! Hatimu jua hatinya,
Dua-dua adalah miliknya,
Yakinlah dengan taqdirnya,
Apa yang tertulis di sana,
Pasti di sini akan terlaksana.


KeTika itu,
Apabila telah bersatu, Cintanya dan cintamu,
Baru kau tahu,
Tan…

Dia, seorang yang baik..mayatnya menjadi keldai. KITA?

Image
"Dalam terik panas mentari yang memancar menyinari tanah Baitul Haram, seorang ulama zuhud yang bernama Muhammad Abdullah al-Mubarak keluar dari rumahnya untuk menunaikan ibadah haji. Di sana dia leka melihat seorang pemuda yang asyik membaca selawat dalam keadaan ihram. Malah di Padang Arafah dan di Mina pemuda tersebut hanya membasahkan lidahnya dengan selawat ke atas Nabi. "Hai saudara," tegur Abdullah kepada pemuda tersebut. "Setiap tempat ada bacaannya tersendiri. Kenapa saudara tidak membanyakkan doa dan solat sedangkan itu yang lebih dituntut? Saya lihat saudara asyik membaca selawat saja." 

"Saya ada alasan tersendiri," jawab pemuda itu. "Saya meninggalkan Khurasan, tanahair saya untuk menunaikan haji bersama ayah saya. Apabila kami sampai di Kufah, tiba-tiba ayah saya sakit kuat. Dia telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan saya sendiri. Dengan kain sarung yang ada, saya tutup mukanya. Malangnya, apabila saya membuka semula kain ter…

New Year Celebration di Lantunan Mahabbah Rasulillah ^_^

Image
Bismillahirrahmanirrahim..
Hamdan wa syukron lillah..
Tak terhitung nikmatMu hingga ke saat ni dan saat-saat seterusnya..
Aku beriman kepadaMu Ya Latif,yang Maha Lembut kepada hambaNya..

Kali ini ingin saya berkongsi sedikit pandangan dan pengalaman..
Alhmdulillah, jika sambutan tahun baru pada tahun baru saya melibatkan diri dengan penyebaran risalah di Sungai Petani, pada tahun ini saya menghadirkan diri ke Lantunan Mahabbah Rasulillah.


Subhanallah, terasa diri ini sangat kerdil.. saya mengaku saya pencinta rasul, tapi msih banyak sunnah Baginda belum saya ikuti..syafaatkan daku, ya Rasulullah..

Dalam program ini bermula jam 10 pagi kami disajikan dengan juadah jiwa yang amat istimewa oleh Ust. Haron Din. Beliau menceritakan pengalaman bermimpi dengan Rasulullah. 6 mimpi kesemuanya. Subhanallah. moga Allah merahmati beliau di atas perkongsian ini. Bermula dengan mimpi pertama, di mana beliau menjadi penjaga pintu di sebuah rumah bagi memeriksa kehadiran tetamu. Di dalamnya, Rasululla…