.:SABAR ADA 3 JENIS:.

Bismillahirrahmanirrahim. Hamdan wa syukran lillah.
Sabar.
Kita seringkali mendengar ungkapan ini.
Bahkan mungkin juga kerapkali kita lafazkan pada orang di sekeliling kita.
TAHUKAH anda terdapat 3 jenis SABAR.
Ibnu Qoyyim Aljauzi dalam kitab Madarijus Salikin mengatakan, " Sabar adalah menahan jiwa daripada berkeluh kesah dan marah, menahan lisan dari mengeluh, serta menahan anggota badan dari berbuat tashwisy (yang tidak lurus). Sabar ada 3 jenis, sabar dalam berbuat ketaatan kepada Allah, sabar dari melakukan maksiat, dan sabar tehadap ujian Allah."

Saya teringat pada soalan abah ketika saya dan kakak sedang menonton televisyen pada waktu semester baru-baru ini. "Antara 3 jenis sabar, yang mana satu paling berat?(sabar menghadapi ujian, sabar daripada melakukan maksita dan sabar untuk taat)". Kakak dengan pantas menjawab, "Sabar menghadapi ujian!". Saya terdiam dan berfikir. Jawapan saya, "Sabar untuk taat.." Lalu abah menerangkan, "Sabar untuk taat adalah yang paling berat."

Kedengaran seperti kurang logik. Pandangan peribadi saya, sabar untuk taat adalah kesabaran yang paling berat. Kenapa? Cuba fikirkan. Sabar untuk taat bererti kita mentaati segala perintah Allah dengan melawan MUSUH UTAMA, iaitu nafsu dan syaitan. Ketaatan yang sempurna, kita taat dengan penuh penghayatan. Solat yang khusyuk, puasa yang penuh keinsafan, zikir yang berpanjangan, munajat di sepertiga malam yang diiringi rasa takut dan pengharapan. Kita tahu hukum-hukum dalam Islam. Wajib, sunat, harus, makruh dan haram. TAHU tapi tidak bermakna kita BUAT semuanya. Alangkah susahnya untuk taat..

Allah, andai mampu memberi ketaatan sebegini rupa, pasti 24jam hidup kita terisi dengan ingatan pada Allah.

Sabar daripada melakukan maksiat. Alhamdulillah, hingga sekarang dapat kita lihat rata-rata masyarakat kita masih menilai yang buruk itu salah, dan yang baik itu betul. Sebagai contoh, meragut, perbuatan zina, membunuh dan lain-lain. Secara tidak langsung, maksiat berlaku dikalangan golongan minoriti bukan majoriti.

Sabar menghadapi ujian. Setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Sabar ataupun tidak, ujian itu tetap berlaku..cuma dapat kita lihat tahap perbezaan kesabaran. Cuba bayangkan, seorang isteri yang kematian suami. Ada yang meraung, menangis, pitam, pengsan. Ada juga yang mengalir air matanya tanpa suara. Ada juga yang tidak menzahirkan air matanya. Selepas kematian suami, si isteri tetap meneruskan hidup seperti biasa. Ada yang mencari pengganti. Ada yang membesarkan anak-anak dengan hasil titik peluh sendiri. Lazimnya, manusia akan merelakan hatinya apabila ditimpa musibah. 

Demikianlah perbezaan antara 3 jenis sabar. Moga saya dan anda semua diluruskan hati untuk sabar dalam memberi sepenuh ketaatan kepada Allah. "Ya Allah, sabarkanlah hati kami dalam mencari redhaMu. Hapuskanlah segala rasa jemu dalam beribadah kepadaMu. Kurniakanlah kami kenikmatan dalam menjejak cintaMu..amin"

Comments

sRiK@nDi MuS'@b said…
Dah lama tak baca post akak...alhambulillah,ilmu baru (^_^)

Popular posts from this blog

KISAH TELADAN: PELACUR melahirkan 7 orang NABI.

Allah menyembunyikan 4 perkara dalam 4 perkara