Posts

Showing posts from August, 2014

.:: Be Yourself! ::.

Bismillah. Hamdan wa syukran lillah.

Allah.

Mesej seorang sahabat beberapa hari lepas acapkali mengetuk pintu hati. Seakan pedih. Pilu. Mesej dari seorang adik. "Akak, _ _ ada terbaca buku karangan Ustaz Yahya Othman. Teringat pesan akak time usrah hari tu.. 5 matlamat sebagai muslim. Yang pertama, individu Muslim. Yang kedua, keluarga Muslim, dll..Sedar tak sedar kita dah kat stage ke 2 kn? "

Mesej itu ku biarkan berlalu.. Bukan tidak dihargai mesej itu..bukan juga marah. Entah. Hati bagai dicarik-carik. Sungguh, aku rindu. Rindu pada tarbiyah.

Bagaikan mendapat satu kekuatan. Aku merenung berfikir... Sungguh lemah diri ini. Allah, diri yang bagaimana ingin aku jadi.. Yes! Itu jawapannya.. Be yourself! Diri yang bagaimana kamu mahu jadi? 

Diri yang kembali kepada fitrah.. Diri yang menjadi hamba sepenuhnya kepada Dia. Diri yang sehabis-habisan berjuang memberi ketaatan kepadaNya. Diri yang takkan berputus asa dengan ujian. Diri yang akan tetap bangkit selepas diuji. Diri yang ti…